Balik dari Batam, esoknya ke klinik gigi pula untuk ambil retainer dan Encik Suami buat rawatan scaling berkala selepas 6 bulan. Alang-alang saya ada appointment ke klinik gigi, dia pun sekalilah buat rawatan.

Retainer saya dah siap hari Sabtu seminggu selepas debond minggu lepas tu. Tapi hari Sabtu tu saya masih di Batam, jadi ambil hari Isnin lah. Mujur jugalah Encik Suami off day.

Lepas ni kena jumpa doktor 6 bulan sekali lah untuk check gigi dan retainer. Sekali buat rawatan scaling juga secara berkala. Kita jumpa next appointmentlah suasana klinik ni ye. Tak jumpa sebulan sekali dah.

Retainer Selamanya

Retainer atau Alat pengekal gigi/penahan gigi yang saya dapat. Doktor recommend saya guna hawley retainer sekali ada denture/gigi palsu. Bahagian atas ada 2 ruang kecil yang tak boleh dirapatkan. Bahagian bawah ada 2 denture gap yang tak boleh dirapatkan juga. 

Gigi depan semua tak ada masalah. Doktor pesan pakai 24 jam kecuali makan dan minum. Kalau nak makan macam mana doktor sebab nak guna gigi untuk makan kan? Boleh je cuba kalau nak makan tanpa buka. Tapi takut susah dan terselit makan.

Ye, saya pun tak berani nak cuba risau rosak, terpatah atau ada kesan stain nanti. Kita nak jaga elok-elok. Mahal ni uiii satu set atas bawah RM800. 

Retainer Selamanya

Tempoh 24 jam tu kena pakai selama 3 tahun. Lepas tu nanti akan dikurangkan tempoh masanya. Retainer ni kena pakai selamanya lah untuk bagi gigi tu tak bergerak. 

Lepas 3 tahun nanti tengoklah macam mana keadaannya. Boleh pakai denture tanpa retainer ke, tukar retainer essix ke. Kita tunggu nanti. Lambat lagi masanya akan tiba.

Retainer kat sini tak ada boleh custom pilih warna atau fancy-fancy tu. Dapat yang putih jernih ni. Nice! Saya pun lebih suka macam ni. Simple je.

Sementara menunggu tu, dental assistant bagi saya 3d printed gigi saya. Eh eh dapat juga ye. Comel! Bolehlah simpan buat kenangan. 

Retainer Selamanya

Untung juga saya buat braces kat Medissa Dental ni sebab teknologi terkini. Ada dental lain, saya tengok dental impression guna cara lama tu. Kena masuk acuan dalam mulut. 

Kalau saya rasa nak termuntah dah tu. Nasib baik kat sini guna digital dental impression. Boleh bertenang lagi masa doktor gigi scan gigi.

Retainer Selamanya

Retainer tu kena test dulu doktor nak tengok okay ke tidak. Alhamdulillah okay dan muat dengan gigi. Retainer bahagian atas tak ada masalah. Bahagian bawah tu susah sikit nak masuk pada mulanya. Doktor bantu sikit ada tersekat dinding tepi.

Bila pakai retainer ni auto pelat ek. Nak bercakap pun susah tak terang sebutannya. Kena biasakan pakai retainer ni. Lama-lama okaylah nanti. Leceh juga nak makan kena buka pakai. Kalau macam ni, tak bolehlah kejap-kejap nak makan. 

Betullah mereka kata, pakai braces lagi selesa daripada pakai retainer ni. Leceh dan tak selesa satu hal. Bertabahlah ye kena pakai. Kalau tidak rugi lah dah pakai braces lama, lepas tu tak pakai retainer gigi bergerak kembali kepada asal. Hmm..kan rugi tu. 

Disiplin kena letak tahap tinggi okay. Jwanjji!