The Masked Singer Malaysia 3 : Senarai Peserta Dan Keputusan Konsert Mingguan

The Masked Singer Malaysia kembali untuk musim ketiga! Tonton secara lansung  rancangan The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) 2022/2023 bersiaran mulai hari Jumaat, 23 Disember 2022 pukul 9:00 malam di saluran saluran Astro Warna HD.

Juga boleh distrim online The Masked Singer Malaysia 3 secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Selain itu, boleh tonton The Masked Singer Malaysia 3 menerusi platform Sooka.

The Masked Singer Malaysia 3 masih mengekalkan pengacara tersohor , Datuk AC Mizal bagi mengacara rancangan ini yang akan berlangsung selama 10 minggu di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Juara The Masked Singer Malaysia 1 : Aina Abdul
Juara The Masked Singer Malaysia 2 : Shila Amzah

THE MASKED SINGER MALAYSIA 3 (TMSMY3)

Jumlah minggu : 11
Venue : Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Mula siaran : 23 Disember 2022
Waktu siaran : Jumaat, pukul 9.00 malam
Siaran TV : Astro Warna HD dan distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO, Sooka
Pengacara/hos : Datuk AC Mizal
Juri The Masked Singer Malaysia 3 : Ella Aminuddin, Elly Mazlein, Zul Ariffin,, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero

Dalam musim kali ini, hanya Ella Aminuddin yang masih kekal sebagai juri tetap The Masked Singer Malaysia sehingga musim 3. Selain itu, mereka adalah juri baru The Masked Singer Malaysia 3.

The Masked Singer Malaysia 3 Senarai Peserta Dan Keputusan Konsert Mingguan
The Masked Singer Malaysia 3 : Siapakah Di Sebalik Topeng?

The Masked Singer Malaysia

The Masked Singer Malaysia, sebuah program realiti nyanyian popular inspirasi dari format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Semua peserta TMSMY akan memakai kostum khas bagi menyembunyikan identiti sebenar. Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan dipersembahkan yang menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta setiap minggu sehingga ke pentas akhir.

The Masked Singer Malaysia 3 kali ini akan membawakan lebih banyak elemen hiburan dan kejutan dengan penampilan maskot-maskot berbakat yang menampilkan 15 selebriti terkemuka negara. 

Mereka terdiri daripada pelbagai cabang seni iaitu penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.

Siapakah dalang di sebalik topeng 15 figura/kostum The Masked Singer Malaysia 3 yang identitinya dirahsiakan adalah :

Peserta The Masked Singer Malaysia 3

  1. Mawar Berduri
  2. Kurita
  3. Si Tangkis
  4. Betta Fish
  5. Lollipop
  6. Bertih Jagung
  7. Zirafah
  8. Abg Burger
  9. Mr. Parrot
  10. Manggis
  11. Pizza Panas
  12. Brokoli
  13. Nyoq Muda
  14. Dewi Angsa
  15. Si Mawas

Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3

Minggu 1 (23 Disember 2022)
Kurita : Di dadaku ada kamu (Amelina)
Mawar Berduri : Since you been gone (Kelly Clarkson)
Betta Fish : Tari tualang tiga (Dayang Nurfaizah)
Bertih jagung : Lelaki teragung (Dayang Nurfaizah)
Si Tangkis : Kabut serangkai mawar (Zaiton Sameon)
Dewi Angsa : Le ghayi (Asha Bhosle)
Piza Panas : It's gonna be me (N'Sync)
Nyoq Muda : Bang bang bang (Bigbang)
Manggis : Lemak manis (Roslan Madun)
Zirafah : Ada Gajah di sebalik batu (Wali band)
Abang burger : Joget kenangan manis (Dato' Sudirman)
Brokoli : Permata biru (Ella)
Mr. Parrot : Sentuhan listrikmu (Dato' M. Nasir)
Lollipop : Can't take my eyes off you (Lauryn Hill)
Cik Mawas : Mungkin hari ini hari esok atau nanti (Anneth Delliecia)

Peserta tersingkir : Cik Mawas (Misha Omar yang juga merupakan juri ke-9)

Minggu 2 (30 Disember 2022)
Kurita : Joget berhibur (Dato' Siti Nurhaliza)
Mawar Berduri : Setelah aku kau kumiliki (Shima)
Betta Fish : Puncak kasih (Ziana Zain)
Bertih jagung : Raikan Cinta (Dato' M. Nasir)
Si Tangkis : Pematah hati (Nabila Razali)
Dewi Angsa : Hatinya tak tahan (Norazniza Idris)
Piza Panas : Pelayaran (May)
Nyoq Muda : Perpisahan terasing (KRU)
Manggis : Blue suede shoes (Elvis Presly)
Zirafah : Kau Aku (Aizat Amdan) 
Abang burger : Bukan kerana nama (Dato' Ramli Sarip
Brokoli : Dipenjara janji (Dato' Awie)
Mr. Parrot : Smooth (Santana ft Rob Thomas)
Lollipop : Sha na na (Amy Mastura)

Peserta tersingkir : Lollipop (Datuk Leong Mun Yee)

Minggu 3 (6 Januari 2022)
Kurita : Yang terindah hanyalah sementara (Erra Fazira)
Mawar Berduri : Boneka (Ernie Zakrie)
Betta Fish : Semangat yang hilang (XPDC)
Bertih jagung : I Don't Want to Miss a Thing (Aerosmith)
Si Tangkis : Ziana Zain (Putus terpaksa)
Dewi Angsa : Simple the best (Tina Turner)
Piza Panas : Bagaimana kalau aku tidak baik-baik saja (Judika)
Nyoq Muda : 
Manggis : Oh mama saya mahu kahwin (Blues Gang)
Zirafah : Bila resah (Anuar Zain)
Abang burger : Mat Disko (Sudirman)
Brokoli : Mimpi (K-Klique)
Mr. Parrot : Hanya di radio (Headwind)

Peserta tersingkir : Abang Burger (Datuk Malek Noor)

Minggu 4 (13 Januari 2022)
Kurita : Rindu (Hetty Koes Endang)
Mawar Berduri : Siapa tak mahu (Dato' Sri Siti Nurhaliza)
Betta Fish : Saat hilang cintamu (Siti Sarah)
Bertih jagung : Jerangkung dalam Almari (Wings)
Si Tangkis : Chandelier (Sia)
Dewi Angsa : Biru mata hitamku (Wings)
Piza Panas : Kau sakiti (Amir Masdi)
Nyoq Muda : Kau bunga cintaku (Anuar Zain)
Manggis : Hati yang terluka (Broery Marantika)
Zirafah : Tiara (Kris)
Brokoli : Ah rindu lagi (Amelina)
Mr. Parrot : Mengerti (KRU)

Peserta tersingkir : Kurita (Liza Abdullah)

Minggu 5 (20 Januari 2022)
Mawar Berduri : Simalakama (Vita Alvia)
Betta Fish : Money (Lisa)
Bertih jagung : Akulah kekasihmu (Francissa Peter)
Si Tangkis : Oh my darling (Alisha & Sonu Nigam)
Dewi Angsa : Ku ikhlaskan (Dato' Sri Vida)
Piza Panas : Highway to hell (AC/DC)
Nyoq Muda : Lara (Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli)
Manggis : Si gadis ayu (Black Dog Bone)
Zirafah : Angguk angguk geleng geleng (Ahli fiqir)
Brokoli : La copa de la vida (Ricky Martin)
Mr. Parrot : Kau kekasihku (Dato' Sri Siti Nurhaliza)

Peserta tersingkir : Manggis (Dato' Jalaluddin Hassan)

Minggu 6 (27 Januari 2022)
Mawar Berduri : Cinta (Marsha Milan)
Betta Fish : She's gone (Steelheart)
Bertih jagung : Hands up (2PM)
Si Tangkis : Kau kunci cintaku dalam hatimu (Ramlah Ram)
Dewi Angsa : Di pintu syurga (Dayang Nurfaizah)
Piza Panas : Havoc (Joe Flizzow ft Altimet & SonaOne)
Nyoq Muda : Orak Arek (Datuk Zainal Abidin)
Zirafah : Lelaki seperti aku (Alif Satar)
Brokoli : Mencari konklusi (Hujan)
Mr. Parrot : Pelesit kota (Search)

Peserta tersingkir : Zirafah (Norman Hakim)

Minggu 7 (3 Februari 2022)
Mawar Berduri : Rock You Like A Hurricane (Scorpions)
Betta Fish : Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)
Bertih jagung : Laksamana Raja Di Laut (Iyeth Bustami)
Si Tangkis : Angkara (Siti Nordiana)
Dewi Angsa : Girl On Fire (Alicia Keys)
Piza Panas : Balqis (Siti Nurhaliza)
Nyoq Muda : Bamboleo (Gipsy Kings)
Brokoli : Jangan Bersedih Lagi (Anuar Zain)
Mr. Parrot : Believer (Imagine Dragons)

Peserta tersingkir : Si Tangkis (Amsyar Lee)

Minggu 8 (10 Februari 2022)
Mawar Berduri : Teman Pengganti (Black & Malique)
Betta Fish : Drama (Nikki Palikat. Ning Baizura & Yanie)
Bertih jagung : Bohemian Rhapshody (Queen)
Dewi Angsa : Objection (Shakira)
Piza Panas : Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Nyoq Muda : Kejoraku Bersatu (Search)
Brokoli : Kasih Latifah (Spider)
Mr. Parrot : Seberapa Pentas (Sheila On 7)

Peserta tersingkir : Mr. Parrot (Ajai)

Minggu 9 (17 Februari 2022)
Mawar Berduri : Sedalam Mana Cintamu (Safura)
Betta Fish : Matahariku (Agnes Monica)
Bertih jagung : Akar & Bumi (Amuk)
Dewi Angsa : Semua Jadi Satu (3 Diva)
Piza Panas : Sudah Ku Tahu (Projector Band)
Nyoq Muda : What's Up (4 Non Blondes)
Brokoli : Helena (My Chemical Romance)

Peserta tersingkir : Bertih jagung (Zizi Kirana)

Minggu 10 (24 Februari 2022)
Persembahan solo
Mawar Berduri : Samar Bayangan (Nicky Astria)
Betta Fish : Sesal Separuh Nyawa (Datin Alyah)
Dewi Angsa : Conga (Gloria Estefan)
Piza Panas : Eye Of The Tiger (Survivor)
Nyoq Muda : Jeritan Batinku (Tan Sri P.Ramlee)
Brokoli : Januari (Glenn Fredly)

Persembahan duet
Mawar Berduri vs Betta Fish : Heart Attack (Demi Lovato)
Brokoli vs Dewi Angsa : Marabahaya (Pop Shuvit)
Piza Panas vs Nyoq Muda : Gemuruh (Awie feat Amy Search)

Peserta tersingkir : Mawar Berduri (Idayu AF)

Final The Masked Singer Malaysia 3 (3 Mac 2022)
Persembahan solo
Betta Fish : Titanium (David Guetta ft Sia)
Dewi Angsa : Ikut rentakku (Jaclyn Victor)
Piza Panas : Hilang naluri (Once Mekel)
Nyoq Muda : Bukan rayuan gombal (Judika)
Brokoli : My heart will go on (Celine Dion)

Persembahan duet
Betta Fish ft Marsha Milan : Salam Terakhir (Dato' Sudirman)
Brokoli ft Ernie Zakri : Senja nan merah (Dato' Awie & Ziana Zain)
Piza Panas ft Amir Masdi : Sri kandi cintaku (Bloodshed)
Nyoq Muda ft Idris Brown : Regresa a Mí (Il Divo)
Mawar Berduri vs Betta Fish : Heart Attack (Demi Lovato)
Dewi Angsa ft Sophia Liana : Penasaran (Krisdayanti)

Senarai Pemenang The Masked Singer Malaysia 3

Juara : Betta Fish (Ayda Jebat) 
Naib Juara : Nyoq Muda (Syamel)
Tempat ketiga : Pizza Panas (Han Byul)
Tempat keempat : Dewi Angsa (Mimi Fly)
Tempat kelima : Brokoli (Hael Husaini) 

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.