Gadgets

Siaran Langsung Negeri Sembilan vs PDRM 25 November 2023 (LS24)

Negeri Sembilan vs PDRM

Perlawanan kedua pada hari ketiga saingan Liga Super 2023 minggu ke-24 menyaksikan pertembungan antara skuad Jang, Negeri Sembilan FC menentang skuad sang saka biru, PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan.

NEGERI SEMBILAN vs PDRM

Aksi perlawanan pasukan Negeri Sembilan FC vs PDRM FC dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 25 November 2023, jam 9:00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan.

Prestasi pasukan Negeri Sembilan FC bermula dengan baik pada awal saingan. Tetapi kemudiannya merosot dan terus merosot menyebabkan kini berada di tempat kesepuluh dengan 21 mata. Dalam 5 perlawanan terakhir pula semuanya berakhir dengan kekalahan sekaligus tiada tambahan mata.

Pada pusingan pertama Liga Super 2023, pasukan Negeri Sembilan FC berjaya mengalahkan pasukan PDRM FC dengan 2 gol hasil ledakan Shahrel Fikri pada minit ke-41 dan Selvan Anbualagan pada minit terakhir dalam masa tambahan 90+3'.

PDRM FC kini berada di tempat ke-7 dengan 34 mata dan dalam 5 perlawanan terakhir saingan Liga Super 2023, PDRM menang 3 kali, kalah sekali dan seri sekali.

Pada malam ini, pasukan manakah yang bakal berjaya merebut 3 mata penting ini. Saksikan perlawanan Negeri Sembilan vs PDRM FC malam ini.


Siaran Langsung Live Streaming Negeri Sembilan FC vs PDRM FC Liga Super 25 November 2023 LS24

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Negeri Sembilan FC (NSFC) vs PDRM FC dari Stadium Tuanku Abdul Rahman secara langsung menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM dan Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan secara percuma.

Waktu siaran : Sabtu, 25 November 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan
Siaran TV/ Live Strim : TV Okey, Sukan RTM dan Sooka

Penonton juga boleh menyaksikan perlawanan lain berbayar di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM9.90.

Info tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Negeri Sembilan FC vs PDRM FC yang berlansung pada hari Sabtu, 25 November 2023 jam 9:00 malam di Stadium Tuanku Abdul Rahman boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh perlawanan

Keputusan perlawanan antara Negeri Sembilan FC vs PDRM FC dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-24 (LS24) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : NEGERI SEMBILAN FC/ NSE (2) - (0) PDRM FC / PDRM
 Barathkumar Ramaloo 49'
 Selvan Anbualagan 79'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.