Telefilem Pondok Itu Rumahku

Azhafizah MN
By -
2
Pondok Itu Rumahku

Telefilem Pondok Itu Rumahku bersiaran pada 6 November 2023, hari Isnin jam 8:30 malam di slot skrin di 9 TV9 dan online di Tonton.

Idea asal telefilem ini daripada Firah Mirul, skrip ditulis oleh Zyza Backy dengan sentuhan sutradara tersohor Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production.

Pondok Itu Rumahku mula ditayangkan di TV3 sempena sambutan Nuzul Quran pada tahun 2016 menampilkan lakonan hebat Amyza Aznan, Nasir Bilal Khan dan Danish Hazriq sebagai terajuu utama telemovie ini.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Amyza Aznan, Nasir Bilal Khan, Danish Hazriq, Ku Faridah, Amirul Faqeem, Wilma Muhammad, Amir Rajalawak, Nafiz Muaz, Adik Isaac, Nina Iskandar, Farah Nadia, Jeff Hassan, Zaidi Rock dan ramai lagi.
  • Amyza Aznan sebagai Rahimah
  • Nasir Bilal Khan sebagai Sudin
  • Danish Hazriq sebagai Syukri (kecil)
  • Ku Faridah sebagai Nek Yam
  • Amirul Faqeem sebagai Syukri (Dewasa)
  • Wilma Muhammad sebagai Zaleha
  • Amir Rajalawak sebagai Samseng
  • Nafiz Muaz sebagai Saiful (Dewasa)
  • Adik Isaac sebagai Saiful (Kecil)
  • Nina Iskandar sebagai Yanti (Dewasa)
  • Farah Nadia sebagai Yanti (Kecil)
  • Jeff Hassan sebagai Daud
  • Zaidi Rock sebagai Bidi

SINOPSIS PONDOK ITU RUMAHKU

Pondok Itu Rumahku mengisahkan tentang kisah sebuah keluarga yang miskin dan daif, Pak Sudin dan isterinya Rahimah serta lima orang anak mereka Syukri, Safuan, Sarimah, Salwa dan anak bongsunya Saiful yang berumur 8 tahun.

Konflik bermula apabila Pak sudin menjual Syukri kepada sepasang suami isteri Suhaimi dan Zaleha yang tinggal dibandar kerana kesempitan hidup dan sikap Pak sudin yang gemar berjudi dan berhutang.

Apakah kesudahan kisahnya? Tonton Telefilem Pondok Itu Rumahku pada 6 November 2023, hari Isnin jam 8:30 malam di TV9.

LAGU TEMA (OST)

Tajuk lagu : Tanpa Arah
Penyanyi : Syafeek Ikhwan

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment