Gadgets

16 Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Malaysia vs Republik Kyrgyz Live

Perlawanan pertama kumpulan D dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang melibatkan pasukan Malaysia vs Republik Kyrgyz berlangsung pada hari ini Khamis, 16 November 2023, jam 9:00 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ).

Selain siaran langsung (live) yang disiarkan secara lansung dari SNBJ di kaca TV menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka, penyokong Harimau Malaya juga boleh menyaksikan perlawanan Malaysia vs Republik Kyrgyz di 16 lokasi tayangan skrin besar di seluruh negara yang disediakan oleh KBS jika tidak dapat hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Malaysia vs Republik Kyrgyz
sumber : JBS

16 Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Malaysia vs Republik Kyrgyz

PUTRAJAYA

  • Dataran Putrajaya, Presint 3

KUALA LUMPUR

  • PPR Muhibbah, Seputeh

SELANGOR

  • SACC Mall

PERAK

  • Uptown Ipoh, Ipoh Night Market

PAHANG

  • Arena Dato' Manan, Kuantan

TERENGGANU

  • Dewan Serbaguna Perumahan Giat MARA, Bukit Payung, Marang

PULAU PINANG

  • Padang kawat USM, Gelugor
  • Esports Youth Cabin, Kepala Batas

KELANTAN

  • Mydin Mall Tunjung, Kota Bharu

SARAWAK

  • Time Square Mall, Bintulu

SABAH

  • Funky Farm Foodcourt, Kota Kinabalu

NEGERI SEMBILAN

  • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi

JOHOR

  • Ngepot Kabin, Kampung Masjid Lama, Kluang

MELAKA

  • Pekarangan parkir UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Jalan Hang Tuah

KEDAH

  • Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  • Mini Stadium Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia, Sintok

Harapan penyokong sudah tentulah mengharapkan Skuad Harimau Malaya menghasilkan keputusan positif mengutip mata pertama dalam perlawanan pembukaan yang penting ini. 

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.