Telefilem Gadis Muka Surat

Azhafizah MN
By -
2
Gadis Muka Surat

Telefilem Gadis Muka Surat bersiaran pada 7 November 2023, hari Selasa jam 9:00 malam di Slot Drama On 2 TV2 dan online menerusi RTMKlik.

Gadis Muka Surat, sebuah telemovie ulang siaran tahun 2021 lakonan utama Dayang Areeda dan Mustaqim Bahadon. Telefilem ini diarahkan oleh Abdul Hadi Yusof terbitan Skyline Pro dan skripnya ditulis oleh Farah Izzati.

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon seperti Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon, Ebi Kornelis, Adin Hans, Shelviana Josh, Zuzela Mohamed, Clarice John Matha dan ramai lagi.
  • Dayang Areeda sebagai Aina Sofea
  • Mustaqim Bahadon sebagai Am

SINOPSIS GADIS MUKA SURAT

Mengisahkan tentang Aina Sofea baru sahaja kematian suaminya, Talha. Dia masih dibayangi dengan kehadiran Talha di rumahnya. Demi meluahkan rasa rindunya terhadap Talha, Aina mengirimkan surat kepada suaminya itu. 

Baginya dengan cara itu dia dapat melepaskan rasa rindu terhadap Talha yang masih menebal. Pada awalnya, Aina tahu bahawa surat yang dikirimnya tidak akan mendapat balasan. Namun sebaliknya berlaku, setiap surat dikirimkan mendapat balasan beserta tandatangan Talha.

Disebabkan itu, Aina mula obses mengirimkan surat kepada Talha demi melepaskan rindunya. Dia percaya suratnya itu pasti akan berbalas seperti sebelum ini. Kemunculan Am, seorang posmen pula sentiasa dinantikannya untuk mendapatkan surat dikirim suaminya. 

Aina juga seringkali meminta bantuan Am untuk mengirim surat balasan kepada Talha. Hubungan keduanya mulai rapat kerana Am percaya sepenuhnya dengan kata-kata Aina bahawa suaminya telah meninggal dunia. 

Pada masa sama Am juga curiga dengan Aina dan mahu mencari kebenaran siapakah pengirim sebenar surat yang diberikan oleh Aina kepada Talha kerana mana mungkin orang yang telah meninggal dunia mampu membalas surat.

Bagaimanakah kesudahan kisah misteri Aina Sofea yang sering mengirim surat dan menerima surat dengan penuh tanda tanya ini?

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment