Gadgets

Siaran Langsung Penang vs Sri Pahang Live Streaming Liga Super 2023

Penang vs Sri Pahang

Bola sepak live malam ni dalam saingan Liga Super 2023 minggu kedua puluh empat melibatkan pasukan Penang FC menentang Sri Pahang FC. Penang FC akan melayani kunjung Sri Pahang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. 

PENANG vs SRI PAHANG

Perlawanan antara Penang vs Sri Pahang dijadualkan berlangsung pada 26 November 2023, hari Ahad jam 5:30 petang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang dalam kempen Liga Super 2023 pusingan kedua.

Berdasarkan prestasi terkini, pasukan Sri Pahang lebih cemerlang berbanding pasukan Penang yang tewas berturut-turut dalam 5 perlawanan terakhir liga super. Sri Pahang kini berada di kelompok 5 teratas terbaik manakala Penang berada di tempat ke-11 daripada 14.

Siaran Langsung Live Stream Penang FC vs Sri Pahang FC Liga Super 26 November 2023 LS24

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Penang FC vs Sri Pahang FC dari Stadium Bandaraya menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 5:00 petang bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM9.90.

Waktu siaran : Ahad, 26 November 2023, jam 5:30 petang
Tempat : Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Penang FC vs Sri Pahang FC pada 26 November 2023 yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang boleh didapati menerusi laman rasmi tickethotline.com.my 

Keputusan masa penuh perlawanan/live score results

Keputusan perlawanan antara Penang FC vs Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-24 (LS24) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : PENANG FC/ PEN (3) - (2) SRI PAHANG FC/ SRP
 Rafael Silva 19'
 Abdul Abdeen 25' 64'
 Syazwan Andik 62'
Izzat Zikri 70'


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.