Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan vs Sabah 20 November 2023 LS22

Kelantan vs Sabah

Pertemuan antara pasukan Kelantan FC melawan Sabah FC adalah perlawanan tertangguh minggu kedua puluh dua dalam saingan Liga Super 2023 (LS22). 

Perlawanan Kelantan vs Sabah ini sepatutnya berlangsung pada 29 September 2023 yang lalu ditangguhkan berikutan hujan lebat mengakibatkan permukaan padang ditakungi air.

KELANTAN FC vs SABAH FC

Skuad The Red Warrior akan menerima kunjungan Skuad The Rhinos di Stadium UiTM dalam saingan Liga Super minggu kedua puluh dua (LS22) ini yang dijadualkan berlangsung pada 20 November, hari Isnin jam 8:15 malam.

Pasukan Kelantan FC kini berada di kedudukan tercorot dalam carta Liga Super 2023 dengan hanya beza 1 mata dengan pasukan Kuching City yang berada di tempat kedua tercorot. 

Masih ada peluang untuk pasukan Kelantan FC memperbaiki kedudukan untuk tidak berada di tempat paling bawah yang hanya berbaki lagi 2 perlawanan sahaja.

Pada pertemuan lalu menentang pasukan Sabah FC di Likas, pasukan Sabah FC berjaya menambah 3 mata penting di halaman sendiri dengan membolos 6 gol berbalas 1 gol.

baca juga
Sabah FC vs Kelantan FC LS9

Pasukan Sabah berada di dalam 5 kelompok teratas dengan 42 mata. Dalam 5 perlawanan terakhir, Sabah telah menang dalam 3 perlawanan dan 2 kali kalah.

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan vs Sabah 20 November 2023 LS22

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Kuching City dari Stadium Darul Makmur menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM12.90.

Waktu siaran : Isnin, 20 November 2023, jam 8:15 malam
Tempat : Stadium UiTM
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelantan FC vs Sabah FC pada 20 November 2023 yang berlangsung di Stadium UiTM boleh didapati menerusi tickethotline.com.my

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan FC lwn Sabah FC Liga Super 2023 (LS22)

Keputusan perlawanan antara Kelantan FC melawan Sabah FC dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-22 (LS22) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KELANTAN FC/ KEL (0) - (7) SABAH FC/ SAB
Jafri Firdaus Chew (P) 25'
 Farhan Roslan 29'
 Rizal Ghazali 39'
 Irfan Fazail 56'
 Telmo Castanheira 68'
 Ramon 70'
 Kumaahran Sathasivam 89'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.