Responsive Ad Slot

Slider

Akhirnya Dapat Juga Makan Dan Mengopi Di Richiamo Coffee City Park Seremban 2

Tempat makan best dan sedap di Seremban, Richiamo Cofee City Park Seremban 2, Menu kopi dan makanan sedap Richiamo Coffee
Dua minggu lepas, akhirnya dapat juga kupi-kupi di Richiamo Coffee yang selama ini dok teringin. Jadi, ini pertama kali singgah dan masuk Richiamo Coffee. 

Sejak boikot kedai kopi S tu, kita pun mulalah cari kedai kopi tempatan. Jika jihad besar kita tak mampu nak buat, kita mampukan dengan buat jihad kecil. Sekurang-kurangnya kita membantu.

Kebetulan encik suami cuti haritu, jadi kita pun ambil kesempatan ajak mengopi di Richiamo Coffee. Suka pergi kedai makan kalau hari waktu bekerja dan bukan waktu lunch, barulah selesa tak ramai orang sangat.

Di Seremban ni ada beberapa cawangan Richiamo Coffee, kami rancang nak pergi Richiamo Coffee di City Park Seremban 2 atau dipanggil Seremban 3 juga kalau tak silaplah. 

Masa kami sampai hanya 1 meja je ada pengunjung. Bolehlah pilih nak duduk di mana pun. Sistem order di Richiamo Coffee sama dengan sistem order di CBTL (Coffee Bean & The Leaf), kena order di kaunter dan diberikan alarm device. Order dah siap, alarm akan berbunyi dan ambil order di kaunter.

Richiamo Cofee

Tunggu tak lama sangat, sebab tak ada orang kan. Meja yang ada tadi dah dapat pun hidangan mereka. Macam biasa, air sampai dulu. Kita nikmati minuman dulu. Saya pesan hazelnut latte panas dan encik suami pesan caramello latte panas juga.

Suka minuman kopi panas latte sebab dia customize latte art tu. Menarik dan cantik untuk dipotretkan. Pertama kali rasa kopi dari Richiamo Coffee. Sisipan pertama kali terus jatuh cinta. Bakal jadi favourite saya ni sebab memang suka rasa hazelnut. 

Caramello latte encik suami pun sedap, kurang manis walaupun caramel. Dua-dua motif latte dia rupa yang sama. Jadi, saya potretkan satu je lah. Sangat berbaloi ye mengopi di sini. 

Secawan latte pun murah dari kedai kopi yang saya pernah cuba sebelum ni. Cafe hipster pun berbelas-belas. Richiamo Coffee cuma RM9 je!

Richiamo Cofee

Disebabkan belum makan tengahari lagi, saya pesan set nasi daging asap salai masak lemak cili api. Dihidangkan bersama sambal belacan, sayur salad atau dipanggil acar (timun, lobak merah, salad, potongan cili besar, bawang) dan ikan masing.

Porsi nasinya tak berapa besar, sederhana je. Sesuailah untuk orang yang tak makan banyak atau berdiet tu. 

Dagingnya lembut, ada aroma asap tu. Kuah pun cukup lemak santannya. Alahaiii..sedap betul! Cuma satu je, kurang pedas. Nak pedas, kena makan dengan sambal belacan tu. Baru ngam pedas dia. Sambal belacan pun sedap.

Salad atau acar tu sedap juga. Ikan masin je saya reject sebab keras. Tak sesuai dengan gigi saya yang kurang lut dengan benda keras dan liat. Tapi tetap makan juga kunyah perlahan-lahan. hihi...

Richiamo Cofee

Encik suami punya hidangan, spaghetti carbonara dengan porsi yang sederhana. Kalau lapar, sila jangan order ni. Takut tak cukup. Spaghetti carbonara ni sedap, creamy! tapi tak boleh lawan spaghetti chicken & mushroom CBTL lah. 

Tapi untuk harga, menu Richiamo Coffee ni lebih murah dan berbaloi. Makanan pun sedap dan puas hati. Sangat enjoylah menjamu selera di Richiamo. Selesa pun selesa. Tak sesak, service cepat dan makanan sedap.

Richiamo Cofee

Lain kali kita cuba menu yang lain pula. 

8
( Hide )
  1. Boleh cuba masak salainya. Sebelum ini cuba air dengan painya.

    ReplyDelete
  2. Sebab tu akak suka Richiamo sebab coffeenya murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu, lambat tahu. Ada hikmahnya lah boikot kopi S tu, dapat minum kopi sedap dan lebih murah. Makanan pun sedap.

      Delete
  3. Ammi memang tak pernah makan di S tu sebab mahal nau. Kalau 5 mulut ni pergi huhuhu menangis dibucu katil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun biasa mengopi dan beli pastry je. Yang lain makanan berat tak pernah lagi lah. Itulah tu, kalau ramai ramai rabak juga poket.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu