Gadgets

Tempat Makan Best Di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson

Kalau ke PD (Port Dickson) tak lengkap kalau tak makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang. Bukan sekali, bukan dua kali. Dah berkali-kali datang sini walaupun nampak sendu hanya 1 kedai je buka. 

Tetaplah nak datang sini kalau teringin makan ikan bakar di PD. Tak cari tempat lain dah. Kedai ni jelah nak menepati KPI selera kami. Lagi satu, tempat makan ni best sebab boleh layan permandangan laut sekali. Sambil makan sambil healing, tak gitu?

Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson

Bukan layan permandangan laut je, layan juga angin sepoi-sepoi bahasa tepi laut. Walaupun cuaca panas, terasa juga anginnya. Tapi dia mula akan jadi panas dan berpeluh kalau makan panas-panas. 

Teringin nak makan ikan siakap bakar. Kami order ikan siakap yang sederhana saiznya. Risau juga nak memilih, risau terpilih siakap kayangan! Saya pesan bakar ikan siakap bakar bersambal. 

Biasanya ikan bakar didatangkan sekali dengan sambal kicap dan sambal asam. Sambal asam tu bawah sambal kicap, lupa pula nak letak tepi sambal kicap tu.

Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson

Ikan bakar siakap bersambal ni memang sedap. Tak ada rasa hanyir dan dua-dua sambal tu cukup rasa pedas dan masamnya. Memang layan lah makan dengan rasa ikan siakap yang segar tu. Ikan bakar licin isinya tinggal tulang je.

Teringin makan sotong celup tepung pun ye. Maka, pesanlah 2 ekor sotong sederhana besar masak celup tepung. Kononnya nak buat ratah-ratah gitu. Sebelum ni pernah order sotong masak kunyit. Pun sedap! Teringat-ingat sedap dia. 

Sotong celup tepung ni sedap rangup dan tak liat. Itu yang kita nak! Almaklumlah gigi dah tua ni tak larat dah mengunyah yang rangup liat terlampau. Sos pencicah macam sos thai, pun sedap.

Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson

Sayur kailan ikan masin, menu wajib order kalau order ikan bakar. Itulah regu dia terbaik kan. Ibarat ikan bakar dan sayur kailan ikan masin tak dapat dipisahkan. Kali ni dapat sayur macam banyak pula. Rezeki kamilah dapat sayur lebih, untunglah kami pencinta sayur.

Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson

Bila nampak kerang, terus pesan tak fikir panjang dah. Amboiii..pesan macam-macam. Ikut nafsu sangat kan! Padahal makan berdua je ni. Kami tak makan tengahari lagi masa ni. Jadi, selera tu membuak-buak nak makan itu ini. Mujurlah semuanya dapat dihabiskan kecuali kerang.

Bukan kerang bakar, tapi kerang rebus. Kami pesan semangkuk je. Dihidangkan bersama sambal kicap. Saya hanya makan beberapa je sebab dah kenyang. Sedap betul kerangnya sebab masih segar lagi. Tengok je lah isi tu. Puas hati dapat makan kerang segar kan.

Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson

Kerang tak habis makan, kami bungkus bawa balik. Malam tu sambung makan, masih sedap lagi kerangnya. Tak menyesal beli. 

Nak datang sini kena kosongkan perut siap-siap, barulah betul-betul menikmati makanan. Kalau datang dengan perut kenyang, makanan sedap pun macam tak lalu makan dah kan.

Ikan siakap bakar sambal x1
Nasi putih 1 porsi (kami kongsi separuh-separuh)
Udang celup tepung x 2 ekor
Sayur kailan ikan masin
Kerang rebus x 1 mangkuk
Air kosong x 2
Air sirap x 1
Total : RM108

Murah ke mahal? Harga berpatutan dengan menu sedap-sedap.


Ikutkan lepas makan nak ke jeti ni tapi disebabkan panas, tak jadilah nak pergi situ. Lagipun dah pernah bergambar di situ, jadi tak payahlah kot.

Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson

Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson, lokasinya selepas Dataran Nelayan PNK Telok Kemang Kg. Teluk Pasir Panjang Port Dickson.

6 comments:

  1. Sedapnya... Makan dgn tenang dan pemandangan pun cantik, memang layannnn :)

    ReplyDelete
  2. reasonable lah harganya sebab ada ikan, kerang, sotong.....

    ReplyDelete
  3. Takpe bukan selalu dapat makan di sini. Nanti menyesal apabila balik teringat kerang rebus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Fikir bukan selalu, jadi tak rugi kalau kita beli. Puas hati dapat makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.