Telefilem Cinta Bersegi-Segi

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem Cinta Bersegi-Segi

Telefilem Cinta Bersegi-segi akan bersiaran pada 10 November 2023, jam 8:30 malam di slot skrin di 9 TV9 dan online di Tonton.

Telemovie/Telefilem ini merupakan arahan pengarah tersohor Shuhaimi Lua dengan skrip disediakan oleh Suzanna Zaily Zin terbitan Tanah Beris Film Production pernah ditayangkan pada tahun 2017.

PELAKON

Dibintangi oleh Mawar Rashid, Nazirul Mubin, Raja Azura, Eizlan Yusof, Feiyna Tajudin, Zahir Deck dan ramai lagi.

SINOPSIS CINTA BERSEGI-SEGI

Zin Ruby dan Ana dahulunya adalah teman rapat semasa zaman persekolahan. Tamat persekolahan mereka bertembung semula di sebuah pusat karaoke apabila masing-masing sudah berpuluh tahun tidak bertemu.

Zin kini menduda setelah kematian isteri. Ruby juga keseorangan setelah bercerai dengan suaminya, manakala Ana pula masih keseorangan tanpa teman. Ruby dan Ana berpakat mengenalkan Zarina, anak rakan mereka kepada Zin yang beriya-iya mahu mencari pengganti.

Dalam proses mengenal hati budi masing-masing, segalanya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari Zin berterus-terang. Dia tidak mampu membohongi jatuh cinta kepada ibu Zarina, Fetty jauh lebih tua daripadanya. Fetty pula tidak tahu yang Zin sukakannya. Dia melayan Zin macam melayan bakal menantu.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment