Gadgets

Bab 11 : November 2023

Tahu-tahu dah masuk bulan November. Sebulan lebih je lagi nak bertukar tahun. Memang laju masa berlari, bukan berjalan lagi dah. Bulan Oktober emosi dan mood terganggu. Masih mencari-cari semangat yang hilang.

Banyak benda berlaku dalam bulan Oktober. Prestasi blog merosot disebabkan google algorithm berubah. Terpaling menyedihkan kisah saudara kita di Palestine. Semoga Allah berikan kekuatan dan kemenangan buat rakyat Palestine. Aamiin...
From the River to the Sea, Palestine Will Be Free
Bermula 1 November Perkhidmatan DuitNow QR akan dicharge kepada peniaga. Caj sebanyak RM0.50 dikenakan untuk transaksi melebihi RM5,000. Jangan silap faham pula ye, bukan every single pembayaran.

Pada 1 November juga tamatnya dan dijangkakan tiada kenaikan harga. Harap tak cakap kosonglah ye. Kang tahu-tahu harga ayam naik lagi. Apalah nak jadi dengan ekonomi sekarang. Semakin kuranglah membeli ayam nampaknya. Kita makan ikan je lah.

Semoga bulan November lebih banyak perkara yang baik-baik. Nak tenang-tenang je. Bulan November 2023 yang bakalan sibuk dengan banyak urusan. Semoga Allah permudah segala urusan. InshaAllah..Aamiin... 

November 2023

NOVEMBER 2023

Page 305/365
Work hard in silence,
Let success be your noise
Bulan Oktober tak ada cuti, bulan November boleh layan cuti Hari Deepavali yang dibawa ke hari Isnin. Kira long weekend lah nanti.

Cuti umum/ Public holidays November 2023

3 November (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)
12 November (Ahad) – Deepavali (Kecuali Sarawak)
12 November (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
13 November (Isnin) – Cuti Deepavali (Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Sarawak & Terengganu)

Sambutan pada bulan November
Sabtu Pertama November – Sambutan Hari Kanak-Kanak (Children's Day)
Khamis Ketiga November – Sambutan Hari Falsafah Sedunia (World Philosophy Day)
11 November (Sabtu) – Sambutan Hari Veteran (Veterans Day)
12 November (Ahad) – Sambutan Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia (World Pneumonia Day)
14 November (Selasa) – Sambutan Hari Diabetes Sedunia (World Diabetes Day)
17 November (Jumaat) – Sambutan Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia (World Prematurity Day)
19 November (Ahad) – Sambutan Hari Lelaki Sedunia (International Men's Day)
19 November (Ahad) – Sambutan Hari Tandas Sedunia (World Toilet Day)
20 November (Isnin)  – Sambutan Hari Kanak-Kanak Universal (Universal Children's Day)
21 November (Selasa)  – Sambutan Hari Televisyen Sedunia (World Television Day)
25 November (Sabtu) – Sambutan Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa (International Day for the Elimination of Violence against Women)
30 November (Khamis) – Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri (Self-injury Awareness Day)

6 comments:

  1. Replies
    1. ye, betul. Ikan pun dah mahal tapi kalau ikan banyak pilihan.

      Delete
  2. ikan pun mahal..huhu..tapi banyak choice la..ayam nampak gaya sekali sekala je la kita makan..dengan rokyat ramai kat rumah ni..sekor ayam 2 kali masak dah habis.huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ada sesetengah ikan mahal. Tapi kita masih ada pilihan lain ikan yang mengikut bajet. Nampaknya begitulah, makan sekali sekala.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.