Telefilem Ciptaan Terindah

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Ciptaan Terindah

Telefilem Ciptaan Terindah akan bersiaran pada 24 November 2023, jam 9:00 malam di TV3 dan online strim menerusi platform Tonton.

Ciptaan Terindah lakonan Emma Maembong ini pernah ditayangkan pada tahun 2013 di slot Cerekarama TV3. Telefilem ini diarahkan oleh Michael Ang, skrip hasil nukilan Farhana Fauri dan diterbitkan oleh syarikat produksi Urban AD Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Emma Maembong, Amar Asyraf, Tasha Shila, Liza Abdullah, Arash Mohd dan ramai lagi.
  • Emma Maembong sebagai Nurul Syifa
  • Amar Asyraf sebagai Mukhriz
  • Tasha Shila sebagai Dayana
  • Liza Abdullah sebagai Datin Laili
  • Arash Mohd sebagai Dato Ashraf

SINOPSIS CIPTAAN TERINDAH

Telefilem Ciptaan Terindah ini mengisahkan tentang Syifa, seorang gadis cacat sejak lahir bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Datin Laili. Datin Laili seorang majikan yang sering mendera Syifa kerana tidak menyukainya dan menghalang anaknya Mukhriz untuk berkawan dengan Syifa.

Oleh kerana itu, Mukhriz membawa Syifa ke luar negara untuk berkahwin. Datin Laili terkejut apabila mengetahui tindakan anaknya itu yang membelakangi dirinya sebagai seorang ibu. Namun keadaan di luar dugaan berlaku apabila terbongkar Syifa sebenarnya merupakan anak kandung Datin Laili. Disebabkan hal ini, Mukhriz dan Syifa terpaksa berpisah.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)