Gadgets

Pertama Kali Menginap Di Hotel Bajet OYO

Disebabkan encik suami belum pasti lagi cuti ke tidak. Makanya kita pun tak beria sangatlah nak booking hotel untuk hari konvokesyen encik suami. Konvokesyen sidang pagi seawal pukul 7:00 pagi, memang perlulah kita tidur di hotel yang berdekatan.

Walaupun boleh je gerak awal dari rumah Seremban. Tapi macam malas nak kelam kabut dan risau jem. Nanti terlambat pula. Lebih baik kita tidur hotel berdekatan. Nanti lepas solat subuh boleh bersiap-siap santai je tanpa perlu kelam kabut. 

Oleh kerana tak booking hotel awal. Yang tinggal hanyalah OYO Hotel, hotel bajet dengan harga murah. Hotel lain dah penuh. Musim-musim begini memang penuhlah hotel cerita dia. Jadi, kita sambar je lah mana yang ada. 

Lagipun bukan nak staycation pun. Hanya untuk bermalam sekejap je. Esoknya nak check out awal sebelum 6:30 pagi. Biar sampai awal senang. Hotel OYO ni memang pilihan yang tepatlah untuk rehat dan tidur sekejap. Berbaloi dan jimat.

Kami pun check in lambat, waktu malam. Masa booking kami request bilik high level dan bilik ada tingkap. Tapi tak dapat bilik yang kami request tu. 

Mungkin dah penuh sebab kami check in lambat. Tapi patutnya reserved pada yang request lah kan. Apa punya service daa..Malas nak cerita panjang, check in je lahhhh...

Bilik tak ada tingkap ni rasa lemas sikit. Rasa macam terkurung pula. Sebab tu request nak bilik ada tingkap. Biasanya deposit RM50, tapi tak tahu pula OYO Hotel ni deposit dia RM100. Mujurlah withdraw duit lebih sikit. Kita ni dah biasa cashless tak pegang duit banyak. 

Super OYO 1191 Yootel Boutique Hotel

Sementara menunggu encik suami uruskan urusan check in, kita tunggu dengan penuh sabar. Sambil tu ambillah gambar beberapa keping buat modal untuk blog. Kann... Seorang blogger mana boleh tak ambil gambar. 

Super OYO 1191 Yootel Boutique Hotel

Lobby dia luas, bersih dan menarik jugalah dekorasinya. Harapnya bilik pun ikut bersih dan selesalah walaupun tahu OYO Hotel ni hotel bajet, murah dan kecil.

Super OYO 1191 Yootel Boutique Hotel

Kami dapat bilik tengah-tengah tanpa tingkap di tingkat 1. Ruangnya taklah besar. Selesa jugalah sebab tak banyak perabot. Kira okaylah.

Super OYO 1191 Yootel Boutique Hotel

Selain katil, ada meja, kerusi dan TV. Itu je lah yang ada, sesuai dengan harganya bawah RM100.

Super OYO 1191 Yootel Boutique Hotel

Masuk je bilik, tengok lantai ada beberapa helaian rambut. Haishh..terus expectation tinggi kita jatuh merundum. Tengok pula bilik air, aduh! Sakit mata memandang. Tak bersih! Dipenuhi kulat sana-sini. Nasib baik hotel bajet, kita boleh faham.

Super OYO 1191 Yootel Boutique Hotel

Kalau hotel berbintang-bintang banyak tu, memang teruklah kan kalau tak bersih. Tak nak cakap banyak, kita abaikan je lah semua tu. Badan dah penat. Otak pun nak kena rehat juga. Kita rehatlah tanpa fikir banyak. 

Malam tu tidur lena sebab penat sangat selepas robing ceremony tu. Dengan cuaca panas, lepas tu kesana kesini lagi. Mahunya tak penat! Nasib baik juga tidur hotel. Kalau nak kena balik rumah dan ulang alik, bertambah-tambah penat dibuatnya. 

Pagi tu kami check out lebih kurang pukul  6:30 pagi. Urusan check out lebih cepat. Staff tak check bilik pun. 

Baca review dari booking tu, banyak juga bagi feedback positif. Ada yang kata bersih. Sekali tengok indah khabar dari rupa. Mungkin bilik lain yang bersih kot. Tapi untuk penjimatan, sekadar nak rehat tidur tu okaylah kan.



2 comments:

  1. Hotel OYO ada kalanya okey, ada kalanya sangat mengecewakan. Saya teringat menginap di salah sebuah Hotel OYO sewaktu travel ke Sumatera. Saya tak buat entri. Lantai kotor, dinding berlumut. Air pula sekejap ada sekejap tidak ada. Ada dua orang kawan sedang mandi, tiba-tiba air mati! Beberapa tahun lepas menginap di Hotel OYO juga sewaktu travel ke Surabaya. Hotel cantik, bersih dan sangat puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Pernah juga stay hotel murah tapi bukan OYO, bersih dan selesa. Yang kak Amie menginap tu nampak parah betul. Spoil mood kan. Dia ada yang OK dan tak OK. Tengok tempat juga.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.