Telefilem Palaya TV Sempena Deepavali

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem Palaya TV

Telefilem Palaya TV, sebuah telefilem khas sempena sambutan Hari Raya Deepavali bersiaran pada 13 November 2023, hari Isnin jam 9:00 malam di slot Drama On 2 TV2 dan online di RTMKlik

Telefilem ini merupakan terbitan Drone Sifu untuk RTM diarahkan oleh pengarah Kuben Mahadevan yang turut berlakon dalam telefilem ini.

PELAKON

Tinesh Sarathi Krishnan, Aammuu Thiruyanan,Vasanth Selva Kumar, Yubhashana Enthiran Pillai, Thaarwinesh Pillai Enthiran Pillai, Kuben Mahadevan, Mahadevan, Syarani, Vicky Rao dan ramai lagi.

SINOPSIS PALAYA TV

Cerita ini akan merungkai semula kehidupan semasa tahun 90’an. Mahadevan seorang pekerja estet, mempunyai 4 orang anak. Keluarganya tidak memiliki TV. Mahadevan bekerja keras dan akhirnya berjaya membeli TV sendiri. 

Anak sulungnya Kuben yang berumur 8 tahun pula Berjaya mempelajari cara-cara untuk mengeoperasikan TV tanpa pengetahuan bapanya. TV tersebut mengalami beberapa masalah teknikal. Ketika perayaan Deepavali hampir tiba, Kuben dan adik-adiknya menonton TV ketika ayahnya keluar untuk bekerja. 

Masalah antenna berulang dan Kuben cuba untuk memperbetulkan masalah tersebut. Tanpa disangka, TV tersebut telah rosak dan tidak dapat beroperasi semula. Kuben dan adik-adiknya mula takut dan mereka cuba mencipta satu pembohongan bahawa TV tersebut rosak akibat dipanah petir. 

Kuben merancang untuk menghalang ayanya menonton TV. Mengatakan ada hantu dalam tv dan sebagainya. Tetapi Mahadevan mendapat tahu TV tersebut telah rosak. Mahadevan memaafkan anaknya dan mereka menyambut Deepavali tanpa TV di rumah.

Ikuti kisahnya dalam Telefilem Palaya TV pada 13 November 2023, hari Isnin jam 9:00 malam TV2 dan online di RTMKlik

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. adoiii lama nya tak tengok tv ooii.. hahha adakah nanti akan terigt nak tgkdrama ni?? :p

    ReplyDelete
Post a Comment