Gadgets

Siaran Langsung JDT vs Kuching City Live Streaming LS24, 23 November 2023

JDT vs Kuching City FC

Siaran Langsung (live) bola sepak malam ini menyaksikan pertemuan antara pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT menentang pasukan Kuching City FC sebagai pembuka tirai kempen Liga Super 2023 di minggu kedua puluh empat (LS24) yang hanya berbaki lagi 2 perlawanan sahaja lagi.

JDT vs KUCHING CITY FC

Pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta'zim, JDT vs Kuching City FC dijadualkan berlangsung pada 23 November 2023, hari Khamis jam 8:15 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, Johor.

Hanya satu perlawanan yang akan berlangsung pada hari Khamis, 23 November 2023. Skuad Harimau Selatan, JDT akan melayani kunjungan Skuad The Cats di Stadium keramat JDT, Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Pasukan JDT telah pun mengesahkan kemenangan mengekalkan takhta gelaran Juara Liga buat kali kesepuluh berturut-turut selepas kemenangan menentang pasukan PDRM pada minggu kedua puluh dua (LS22)

Perlawanan ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan. Pada pusingan pertama (LS11), pasukan JDT berjaya membenam Kuching City FC dengan 4 gol tanpa balasan.

Satu cabaran besar buat Kuching City FC menentang pasukan JDT yang berada di tangga teratas. Tugas berat juga buat Kuching City untuk menambah 3 mata di halaman sendiri bagi memperbaiki kedudukan yang kini berada di tempat kedua tercorot liga. Hanya 1 mata dengan pasukan Kelantan di tangga terbawah. 

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Kuching City FC LS24

Penonton dan penyokong di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 JDT vs Kuching City FC dari Stadium Sultan Ibrahim menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka. 

Waktu siaran : Khamis, 23 November 2023, jam 8:15 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor
Siaran TV : Astro Arena Bola (CH803)
Platform penstriman : Astro GO, Sooka

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM9.90

Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuching City FC pada 23 November 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim boleh didapati menerusi tickethotline.com.my

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket (4) sahaja manakala para pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium.
 
Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas, namun kanak-kanak dibawah usia 3 tahun yang menggunakan tempat duduk sendiri perlu memiliki tiket untuk tempat duduk tersebut. 

Keputusan masa penuh/ live score JDT vs Kuching City

Keputusan perlawanan antara JDT vs Kuching City FC dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-24 (LS24) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (2) - (0) KUCHING CITY FC/ KUC
 Bergson da Silva 34'
 Juan Muñiz 42'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.