Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih

Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih bersiaran pada 24 November 2023, hari Jumaat jam 8:30 malam di slot skrin di 9 TV9 dan online menerusi platform Tonton.

Telefilem ini pernah ditayangkan pada tahun 2018 di slot Cerekarama TV3. Idea asal telemovie ini daripada Zafran Aziz, skrip daripada panel skrip PWS dibawah arahan Jamal Khan dan diterbitkan oleh syarikat Primeworks Studios Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Telefilem ini dibintangi oleh Dato' Hattan, Sharifah Shahira, Syamim Razi, Aman Graseka, Joey Daud, Izwan Ansor, Ropie, Ahmad Tarmizi, Noor Shaida, Zalaha, Charlie Numan, Hasnah Hashim, Meor Mohammad Hafiz, Naraswara Adli dan ramai lagi.
  • Dato' Hattan sebagai Hattan
  • Sharifah Shahira sebagai Ira
  • Syamim Razi sebagai Amir
  • Aman Graseka sebagai Zaidi
  • Joey Daud sebagai Joey
  • Izwan Ansor sebagai Bobby
  • Ropie sebagai Budin

SINOPSIS DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH

Dari Kekasih Kepada Kekasih mengisahkan tentang Hattan, seorang pemandu lori sering menghantar barang dari ibu kota ke Kuala Pilah. Tanpa henti, setiap kali dia ke Kuala Pilah, dia akan berhenti di satu tempat memerhatikan bekas kekasihnya, Ira.

Mengimbas kembali sejarah lampau 20 tahun yang lalu, Ira berkahwin dengan abangnya, Zaidi tanpa rela. Perkahwinan mereka gagal, dan dikurniakan seorang anak bernama Amir. Hattan kecewa membawa diri ke Kuala Lumpur untuk menjadi penyanyi rock tapi gagal.

Konflik bermula apabila dia menyelamatkan Ira dan Amir daripada Zaidi yang sering menjadi menggangu hidup mereka.

Ikuti kisahnya dalam Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih pada 24 November 2023, jam 8:30 malam di TV9.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)