Gadgets

Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia (World Children’s Day) 2023

Tarikh Hari Kanak-Kanak Sedunia (World Children’s Day) pada 20 November 2023 dan tahun ini jatuh pada hari Isnin. Tarikh ini telah isytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia sejak 14 Disember 1954.

Hari Kanak-Kanak Sedunia (World Children’s Day)

Di Malaysia pula, sambutan Hari Kanak-Kanak diraikan pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (World Children’s Day) ini merupakan acara tahunan badan bukan kerajaan UNICEF (The United Nations Children's Fund, asalnya dikenali dengan the United Nations International Children's Emergency Fund).

Tema Hari Kanak Kanak 2023 Malaysia

Tema sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan (HKK) pada tahun ini adalah “Hak Kami, Masa Depan Kami” yang memfokuskan kepada perkembangan bakat dalam kalangan generasi pelapis negara.

Ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai bakat serta keistimewaan tersendiri. Kelebihan itu perlu digilap dalam usia yang muda bagi menjamin masa depan yang cerah serta membentuk mereka menjadi insan yang mempunyai jati diri apabila meningkat dewasa.
Kanak-kanak adalah aset negara yang amat berharga dalam menentukan hala tuju dan masa depan Malaysia, sehubungan itu peranan mereka hendaklah dibentuk ketika usia muda. Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan, bakat, kemahiran, kecerdasan, perkembangan dan pertumbuhan yang pelbagai dan berbeza. Mereka ibarat permata yang perlu digilap dan merupakan aset penting dalam mencorakkan masa depan negara. Kanak-kanak perlu diraikan dan dicorakkan dengan sebaik-baiknya supaya mereka menjadi golongan dewasa yang mampu menyumbang kepada negara dalam pelbagai bidang. Bertepatan dengan tema, ia menjadi manifestasi untuk memperaku, mempromosi dan meraikan hak kanak-kanak yang perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan berkesan dan akhirnya menjadi paksi untuk kehidupan kanak-kanak yang lebih sejahtera. Tema itu menekankan kepentingan menyediakan kanak-kanak dengan alat dan sumber yang diperlukan untuk mencapai potensi diri bagi membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang produktif dan bertanggungjawab. Ia juga menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk kanak-kanak membesar dan berkembang. Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilayan dengan maruah, hormat dan kasih sayang. Sambutan HKK juga bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dengan meraikan hak mereka selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dr Sopian Brahim

Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat kebangsaan

Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan (HKK) 2023 peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 20 Nov) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre, Johor dan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Aktiviti Hari Kanak-Kanak

Sambutan HKK 2023 juga bakal menyaksikan penyampaian anugerah kepada kanak-kanak yang menunjukkan keistimewaan atau pencapaian luar biasa dalam kalangan masyarakat menerusi beberapa anugerah iaitu
  • Anugerah Pingat Hang Tuah
  • Anugerah Kanak-kanak Gemilang (Sukan)
  • Anugerah Kanak-kanak Gemilang (Orang Kurang Upaya)
  • Anugerah Kanak-kanak Gemilang (Kebudayaan dan Kesenian)
Pelbagai acara dan aktiviti bakal dianjurkan pada hari sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (World Children’s Day) antaranya persembahan, aktiviti kanak-kanak, taklimat, penyampaian anugerah dan perasmian.

Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia (World Children’s Day) 2023 untuk semua kanak-kanak di seluruh dunia.

Al fatihah buat anak-anak syurga Palestin.

sumber : Bernama

2 comments:

  1. Kalo tak baca tulisan kakak, rasanya saya tak mungkin ingat kalo 20 nov hari kanak2 😅. Di sini pun tak ada event ttg itu samasekali. Jadi memang tak tahu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang ada juga yang berbeza tarikhnya di beberapa negara. Begitulah...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.