Gadgets

Siaran Langsung KL City vs Kelantan United Live Streaming 26 November 2023 LS24

KL City vs Kelantan United

Perlawanan bola sepak live malam ini melibatkan pasukan Kuala Lumpur, KL City menentang pasukan Kelantan United di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Giliran skuad kijang hijau akan bertandang ke Kuala Lumpur bagi meneruskan perjuangan dalam kempen Liga Super 2023 yang masih berbaki 2 perlawanan selepas perlawanan ini.

KL CITY vs KELANTAN UNITED

Pertemuan KL City vs Kelantan United dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 26 November 2023, jam 9:00 malam bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Selepas perlawanan Liga Super 2023 minggu ke 23, pasukan KL City berada di tempat ke-8 dengan 31 mata. Kelantan United pula berada di tempat ke 12 dengan 14 mata.

Prestasi pasukan tuan rumah, KL City dalam 5 perlawanan terakhir tidak begitu baik. Hanya menang sekali daripada 5 perlawanan terakhir. 

Pasukan Kelantan United pula menang 2 kali. Pasukan Kelantan United perlu mendapatkan tiga mata penting supaya tidak berada di tangga tercorot.

Siaran Langsung Live Streaming KL City vs Kelantan United Liga Super 26 November 2023 LS24

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 KL City menentang Kelantan United dari Stadium Bolasepak Kuala Lumpur secara langsung menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM dan Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan secara percuma.

Waktu siaran : Ahad, 26 November 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Siaran TV/ Live Strim : TV Okey, Sukan RTM dan Sooka

Penonton juga boleh menyaksikan perlawanan lain berbayar antara Kelantan vs Kedah pada waktu yang sama di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM9.90.

Info tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan KL City vs Kelantan United yang berlansung pada hari Ahad, 26 November 2023, jam 9:00 malam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh perlawanan

Keputusan perlawanan antara KL City vs Kelantan United dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-24 (LS24) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KUALA LUMPUR CITY FC/ KLC (3) - (0) KELANTAN UNITED FC / KLU
 Matko Zirdum 21'
 Paulo Josué 68'
 Kipré Tchétché 78'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.