Gadgets

Siaran Langsung Terengganu vs Sabah Live Stream LS24 24 November 2023

Terengganu vs Sabah

Bola sepak live malam ini bakal menyaksikan pertembungan antara skuad sang penyu, Terengganu FC menentang skuad The Rhinos, Sabah FC pada jam 9:00 malam.

Perlawanan semalam, skuad gergasi Harimau Selatan, JDT telah berjaya membenam skuad The Cats, Kuching City dengan 2 gol tanpa balasan.

Hari kedua Liga Super minggu ke-24 (LS24) juga hanya melibatkan satu perlawanan sahaja, Terengganu vs Sabah.   

TERENGGANU vs SABAH

Perlawanan Terengganu FC vs Sabah FC akan berlangsung pada 24 November 2023, hari Jumaat jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Pada pertemuan pusingan pertama yang lalu minggu kesebelas (LS11), keputusan penuh perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri, 2-2.


Berdasarkan rekod terkini carta liga super 2023, pasukan Terengganu berada di tempat ke-6 dengan 36 mata. Manakala pasukan Sabah berada di tangga ke-4 dengan 45 mata. 

Prestasi pasukan Terengganu dilihat cemerlang dalam 5 perlawanan akhir dimana 3 perlawanan akhir Terengganu mencipta kemenangan berturut-turut. 

Pasukan Sabah FC juga beraksi dengan cemerlang dengan memenangi 4 perlawanan dalam perlawanan 5 terakhir terbaru. Hanya kalah sekali menentang JDT.

Kedua-dua pasukan memiliki jentera yang hebat dan ini akan menjadi perlawanan tumpuan peminat bola sepak. Terengganu dan Sabah juga mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan AFC 2023.

Kedua-dua pasukan berpotensi menghasilkan keputusan positif dalam perlawanan pada malam ini. Saksikan pertarungan mereka pada malam ni secara langsung/ live stream dari Stadium Sultan Zainal Abidin.

Siaran Langsung Live Stream Terengganu FC vs Sabah FC Liga Super 24 November 2023 LS24

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Terengganu FC vs Sabah FC dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM9.90.

Waktu siaran : Jumaat, 24 November 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Terengganu FC vs Sabah FC pada 24 November 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin boleh didapati menerusi laman rasmi tickethotline.com.my 

Keputusan masa penuh perlawanan/live score results

Keputusan perlawanan antara Terengganu FC vs Sabah FC dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-24 (LS24) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : TERENGGANU FC/ TER (0) - (4) SABAH FC/ SAB
Ramon 6'
Saddil Ramdani 29'
Miguel Ángel Garrido Cifuentes 40'
 Jaffri Firdaus Chew 48'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.