Gadgets

Pantai Menarik di Port Dickson, Pantai Cermin

Entah dari mana nak mulakan ayat. Rasa kekok pula lama tak menulis cerita. Balik-balik tentang drama dan sukan bola sepak. Itu je lah modal yang ada dari dibiarkan sunyi sepi tanpa update. Sebenarnya ada je cerita, tapi itulah bila datang writer's block tu tak boleh buat apa dah.

Taip padam taip padam je lah cerita dia. Sampai lupa dah kisah kejadian ke Pantai Cermin ni bila. Dah lama berhajat nak ke pantai cermin ni. Pantai cermin ni salah satu hidden gem di Port Dickson yang ramai tak tahu.

Pantai Cermin ni salah satu pantai menarik di Port Dickson yang wajib singgah kalau ke Port Dickson. Sila take note ye. Jangan lupa masukkan dalam senarai tempat menarik di Port Dickson yang wajib singgah walaupun sebentar cuma.

Pantai menarik di Port Dickson


Kami pun tak berlamaan di sini. Tak ada rancang nak healing ke, berkelah ke atau duduk saja. Saja nak rasa angin sepoi-sepoi bahasa dan menikmati permandangan indah di Pantai Cermin. 

Ada 2 laluan masuk ke Pantai Cermin ni. Kami masuk di laluan yang ada signboard yang tak ramai orang. Lagi satu laluan parkir penuh dan terdapat banyak gerai di situ.

Sewaktu kami sampai lebih kurang pukul 3 lebih macam tu. Cuaca tengah panas berdenting uiii..Demi berkeping-keping gambar, sanggup je berpanas kejap. Mana boleh kalau tak bergambar kan.  

Nampak tak di kejauhan tu ramai yang datang bermandi manda dan berkelah bersama keluarga. Meriah juga suasana di Pantai Cermin ni. Memang meriah lah sebab kami pergi hari Ahad kan. Sesuailah untuk aktiviti keluarga di sini. Boleh mandi, berkelah dan healing. Jangan lupa bawa kerusi healing tu sekali.

Pantai Cermin Port Dickson

Nun jauh di sana Hotel & Resorts Lexis Hibiscus Port Dickson. Entah bilalah dapat bercuti-cuti menginap di situ. Teringin juga. Dalam teringin, macam tak nak juga sebab tempat dah lama kan. Lebih suka menginap di hotel baru yang lebih selesa. Cuma dia menang part seaview tu lah. 

Buat masa ni kita pandang dari jauh je lah dulu. Seronok betul kalau dapat menikmati permandangan laut dalam masa yang lama. Tenanggg ribut jiwaaaa...

Pantai Cermin Port Dickson

Pantainya luas dan bersih. Auto jadi luas permandangan. Pergi pantai jangan lupa pakai sunscreen! Wajib bawa kalau tak nak sunburn.

Pantai Cermin Port Dickson

Pasirnya halus. Dalam keterujaan nak main ombak di persisiran pantai, tak sedar sampai terkena kasut. Nak elak tapi tak sempat, bertabahlah pasir masuk dalam kasut. Kalau kasut kena air laut, jangan lupa cuci dengan air bersih atau lap dengan kain basah untuk elakkan material kasut rosak.

Pantai Cermin Port Dickson

Pantai Cermin ni nampak macam cetek je tepi tu tapi macam nampak dalam juga. Sejenis yang aquaphobia macam saya, memang takutlah nak mandi jauh-jauh. Risauuu...

Tak pasti pantai cermin ni ada effect cermin sky mirror ke tidak macam Pantai Cermin di Kuala Selangor tu. Kalau ada, salah satu tarikan juga tu kan.

Tempat makan best di PD

Hotel menarik seaview di PD

6 comments:

  1. Replies
    1. Ada wak, kat hujung sinun tu ramai. Tak nampak sangat sebab jauh.

      Delete
  2. lama tak pi PD. syok jugak dapat terjun pantai tu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time ada masa bolehlah bercuti di PD pulak. Memang syok dapat terjun tapi dah tua-tua ni sekadar tengok je lah. hihi...

      Delete
  3. Nampak halus pasirnya dan jernih airnya.
    Pertama kali piknik luar negeri (selama itu di Pantai Jeram, Selangor sahaja), kami ke PD tapi tak ingat di mana. Ketika itu kami tingkatan dua. Rombongan sekolah kami singgah di pantai yang banyak batu-batu besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pasirnya halus dan airnya agak jernih juga. Rupanya banyak pantai menarik di PD Kak Amie. Pantai banyak batu besar ye, kat mana agaknya tu. Saya pun tak pasti dimana kak Amie.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.