Drama Kami Orang KL (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
Kami Orang KL
sumber : Drama Sangat

Drama Kami Orang KL (KOKL), drama sangat TV3 terbaru mula bersiaran mulai 30 November 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam di Slot Lestary dan online di Tonton.

Kami Orang KL 15 episod ini menampilkan barisan pelakon popular antaranya Andi Bernadee, Afifah Nasir, Amyza Aznan, Ropie, Liza Abdullah, Razmansyah dan ramai lagi. Drama ini merupakan drama arahan Nur Ain Sharif terbitan Rumah Karya Citra.

KOKL (Kami Orang KL) dengan genre komedi ini sebuah drama yang memaparkan kisah kehidupan berjiran yang boleh diambil sebagai pengajaran.

PELAKON DAN WATAK

Andi Bernadee, Afifah Nasir, Amyza Aznan, Ropie, Liza Abdullah, Razmansyah dan ramai lagi.
  • Andi Bernadee sebagai Mahmood
  • Afifah Nasir sebagai Kamsiah
  • Amyza Aznan sebagai Cik Da
  • Ropie sebagai Hussein
  • Liza Abdullah sebagai Rafeah
  • Razmansyah sebagai Hassan

SINOPSIS KAMI ORANG KL

Kisahnya bermula apabila Mahmood menawarkan kakaknya, Rafeah untuk tinggal di rumahnya di KL (Kuala Lumpur). Rafeah sekeluarga kelihatan sangat teruja untuk berpindah kerana sering berangan ingin menjadi orang KL. Berjayakah mereka sekeluarga menyesuaikan diri di KL?

Keluarga Rafeah yang tidak pernah menetap di KL sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila Rafeah berlagak seperti orang kaya, manakala suaminya Hussein, yang merupakan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) surau di kampung, berlagak seperti pemimpin. 

Sifat Hussein yang suka menegur hampir semua penduduk kawasan perumahan tentang perkara yang tidak disukainya membuatkan penduduk sekitar kurang senang dengan perangainya terutama Cik Da. Kekecohan berterusan apabila anak-anak Rafeah juga berangan untuk mencapai impian mereka apabila tiba di KL. 

Hassan, anak lelaki kepada Rafeah juga ingin menjadi penyanyi terkenal. Manakala anak perempuanya pula, Kamsiah memasang impian untuk menjadi pempengaruh yang berjaya di media sosial. Tanpa diduga, Kamsiah semakin popular dan menerima banyak tawaran review produk sehingga membuatkan Hassan cemburu dengan kejayaan kakaknya itu. 

Apakah yang akan dilakukan Hassan untuk merealisasikan impiannya menjadi penyanyi terkenal? Adakah kehadiran Rafeah sekeluarga akan mengundang lebih ketidaksenangan kepada jiran tetangga?

Ikuti kisah mereka dalam Drama Kami Orang KL mulai 30 November 2023 setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9:00 malam di slot Lestary TV3 dan di Tonton.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)