Gadgets

Jadual Perlawanan Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Skuad Kebangsaan akan mengharungi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dalam Kumpulan D bagi aksi kelayakan yang bermula 16 November 2023. Harimau Malaya perlu menjadi antara 2 pasukan terbaik dalam kumpulan D andai mahu layak ke kelayakan terakhir Piala Dunia 2026.

Pasukan Malaysia akan menempuh enam perlawanan peringkat Kumpulan D menentang Republik Kyrgyzstan, Taiwan dan Oman.

Skuad Harimau Malaya telah bermula dengan langkah kanan apabila telah menghasilkan keputusan positif memenangi perlawanan menentang pasukan Republik Kyrgyzstan dengan beza 1 gol. Pasukan kendalian Kim Pan-gon telah mempamerkan aksi yang cemerlang dan memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan Malaysia berjaya melonjak 7 tangga di tempat yang ke-130 ketika ini dalam ranking FIFA negara kerana berjaya menewaskan Kyrgyzstan, pasukan ke-96 dunia.

Satu tugas berat buat skuad Harimau Malaya yang akan berdepan dengan pasukan Oman yang kini menghuni ranking ke-73 dunia.

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 adalah saingan yang lebih penting berbanding Piala Asia 2023 bagi mengutip mata dan sekaligus memperbaiki kedudukan ranking FIFA dunia.

Pada aksi kelayakan ini, dua pasukan yang berjaya menamatkan saingan di kedudukan dua teratas akan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan sekaligus meraih slot automatik ke pentas Piala Asia 2027.

Pada peringkat kelayakan tersebut, pasukan Malaysia akan berdepan dengan 10 perlawanan berkualiti menentang pasukan hebat Asia iaitu Australia, Jepun, Iran atau Korea Selatan.

Jika sebaliknya, pasukan Malaysia akan kekal bersaing dengan pasukan-pasukan yang sederhana seperti Laos, Myanmar serta Timor Leste dimana perlawanan ini tidak memberi perkembangan positif buat skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Untuk makluman, skuad Harimau Malaya tidak pernah layak ke pentas kelayakan terakhir Piala Dunia zon Asia. Sekiranya meraka berjaya pada kali ini, ia merupakan sejarah baharu yang dicipta oleh pasukan bola sepak Malaysia.

Pada peringkat kelayakan terakhir nanti, 18 pasukan terbaik kelayakan pusingan kedua bakal bersaing merebut lapan slot untuk layak ke peringkat Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

Harapan kita sudah tentulah ingin melihat pasukan Malaysia berjaya mara ke peringkat Piala Dunia 2026. Semoga kemenangan pertama yang lalu dapat menyuntik semangat buat skuad Harimau Malaya untuk terus mempamerkan aksi cemerlang di laman sendiri mahupun di tempat lawan.

Kejohanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Kelayakan Piala Asia AFC 2027 merupakan proses kelayakan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menentukan pasukan yang mengambil bahagian dalam Piala Asia 2027, edisi ke-19 kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki Asia. 

Sejak tahun 2019, kejohanan akhir Piala Asia ditandingi oleh 24 pasukan, yang telah diperluaskan dari format 16 pasukan yang digunakan dari tahun 2004 hingga 2015.

Proses kelayakan melibatkan empat pusingan, di mana dua yang pertama berfungsi sebagai Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 untuk pasukan Asia.

46 negara yang bergabung dengan FIFA layak memasuki proses kelayakan bersama untuk Piala Dunia FIFA 2026 dan Piala Asia AFC 2027; Kepulauan Mariana Utara, yang bukan ahli FIFA, akan masuk melalui pusingan playoff.

Undian untuk kelayakan bersama pusingan pertama dan kedua berlangsung pada 27 Julai 2023. Pasukan diagihkan ke dalam empat balang. Balang 1, 2 dan 3 masing-masing mengandungi pasukan di kedudukan 1–9, 10-18 dan 19-26, manakala Balang 4 mengandungi baki 20 pasukan (kedudukan 27–46). 

Semua pasukan dari Balang 4 telah diundi ke pusingan pertama dalam dua balang. Pasukan dari Balang 1, 2 dan 3 telah ditarik terus ke pusingan kedua, bersama-sama dengan pemenang di pusingan pertama.

Senarai pasukan kumpulan D

Pasukan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama pasukan dari Oman, Kyrgyztan dan pemenang perlawanan pusingan pertama di antara Taiwan dan Timor Leste.

Kumpulan D

  • Oman
  • Malaysia
  • Republik Kyrqyz
  • Chinese Taipei

Jadual Perlawanan Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang melibatkan pasukan Malaysia, skuad Harimau Malaya dalam kumpulan D dengan format secara timbal balik seperti di bawah.

Jadual Perlawanan Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
sumber : FAM

Malaysia vs Republik Kyrgyz

Hari/ Tarikh : Khamis, 16 November 2023
Masa : 9:00 malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
FT : Malaysia (4) - (3) Republik Kyrgyz

Chinese Taipei vs Malaysia

Hari/ Tarikh : Selasa, 21 November 2023 
Masa : 7:00 malam, 
Tempat : Stadium Perbandaran Taipei
FT : Chinese Taipei (0) - (1) Malaysia

Oman vs Malaysia

Hari/ Tarikh : Khamis, 21 Mac 2024 | Jumaat, 22 Mac 2024 (Waktu Malaysia)
Masa : 2:00 pagi (Waktu Malaysia)
Tempat : Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat
FT : Oman (2) - (0) Malaysia

Malaysia vs Oman

Hari/ Tarikh : Selasa, 26 Mac 2024
Masa : 9:00 malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Keputusan : Malaysia ( ) - ( ) Oman 

Republik Kyrgyz vs Malaysia 

Hari/ Tarikh : Khamis, 6 Jun 2024
Masa : 
Tempat : 
Keputusan : Republik Kyrgyz ( ) - ( ) Malaysia

Malaysia vs Chinese Taipei

Hari/ Tarikh : Selasa, 11 Jun 2024
Masa : 9:00 malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Keputusan : Malaysia ( ) - ( ) Chinese Taipei

Siaran Langsung Live Streaming Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Penonton di rumah boleh menyaksikan SKelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran 803 Astro Arena Bola atau secara online menerusi Astro GO dan live streaming platform Sooka atau aplikasi Sooka.

Jadual Kedudukan Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 (Kumpulan D-Pusingan 2)

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
Malaysia 2 2 0 0 5 3 +2 6
Oman 1 1 0 0 3 0 +3 3
Kyrgyzstan 1 0 0 1 3 4 -1 0
Chinese Taipei 2 0 0 2 0 4 -4 0

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.