Telefilem Awak Kat Mana? (TV9)

Azhafizah MN
By -
4
Awak Kat Mana?

Tonton Telefilem Awak Kat Mana? bersiaran pada 3 November 2023, jam 8:30 malam di Slot Skrin di TV9 dan online di Tonton.

Telefilem ini merupakan telefilem ulang siaran yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 dibintangi oleh Raja Afiq dan Chacha Maembong sebagai teraju utama. 

Awak Kat Mana sebuah telemovie romantik komedi arahan Di Glamour terbitan syarikat produksi MacheAllstar United Sdn. Bhd. Idea asalnya daripada Erma Erima dan skrip ditulis oleh MF Kencana.

PELAKON

Menampilkan barisan pelakon seperti Raja Afiq, Chacha Maembong, Sazrin Aizul, Annie Ariffin, Bell Ngasri, Jaja Ilyes, Sulaiman Yassin, Mak Jah, Mubarak Majid dan ramai lagi.

SINOPSIS AWAK KAT MANA?

Kisah bermula semasa Farid hadir ke majlis makan-makan 'reunion' Azman dan Liya yang juga menjemput kawan-lain untuk datang. Farid tidak mengenali rakan-rakan perempuan Liya. Di majlis itu, Farid ternampak seorang gadis cantik bernama Fazira. 

Fazira sebenarnya hanya mengikut kakaknya, Fathia yang juga merupakan kawan kepada Liya. Farid tidak sempat untuk berkenalan dengan Fazira kerana mereka telah pulang awal. Sejak itu, Farid asyik memikurkan tentang Fazira dan pelbagai cara dilakukan untuk bertemu dengan Fazira.

Adakah dia Berjaya bertemu dengan gadis pujaannya itu? Ikuti kisahnya dalam Telefilem Awak Kat Mana? pada 3 November 2023, jam 8:30 malam di TV9.

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Rasanya ending dah bisa ditebak lah ya kak , 😄. Tapi walopun drama romance sangat, terkadang saya suka dengan jenis drama ringan begini. Tak usah mikir, hanya nonton saja 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, cliche kan. Ya, saya pun suka drama ringan santai.

      Delete
Post a Comment