Gadgets

Siaran Langsung Stallion Laguna vs Terengganu Live Streaming AFC 2023

Stallion Laguna vs Terengganu

Skuad Sang Penyu, Terengganu FC akan bertandang ke Manila bagi meneruskan tugasan pentas asia dalam saingan AFC 2023 menentang Stallion Laguna FC dalam aksi timbal balik.

STALLION LAGUNA FC vs TERENGGANU FC

Perlawanan antara pasukan Stallion Laguna FC vs Terengganu FC merupakan perlawanan keempat Piala AFC 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 8 November 2023, hari Rabu jam 4:00 petang waktu Malaysia di Stadium Bolasepak Binan Laguna, Filipina.

Pasukan Terengganu FC kini berada di tempat kedua dengan 5 mata dimana 2 perlawanan berakhir dengan seri dan 1 perlawanan berjaya merebut 3 mata penuh.

baca juga
Pasukan Terengganu FC perlu menang dalam perlawanan ini bagi mendapat kedudukan teratas dalam kumpulan G. Hanya beza 1 mata dibelakang pasukan Central Coast Mariners FC yang mempunyai 6 mata.

Walaupun begitu, ini satu cabaran besar buat pasukan Terengganu bermain di tempat lawan. Harapan pasukan sudah tentulah ingin membawa pulang 3 mata berharga.

Siaran Langsung Stallion Laguna vs Terengganu FC Live Streaming AFC 2023 8 November 2023

Penonton di Malaysia boleh menyaksikan perlawanan antara  Stallion Laguna FC vs Terengganu FC secara langsung menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka. 

Pra-rancangan perlawanan akan bermula pada jam 3:30 petang. Boleh langgan satu perlawanan di platform Sooka dengan harga RM12.90.

Tempat : Stadium Bolasepak Binan Laguna, Filipina
Waktu siaran : Rabu, 8 November 2023, jam 4:00 petang
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go, Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan SFC vs TER

Keputusan perlawanan antara Terengganu vs Stallion Laguna dalam saingan Piala AFC 2023 secara langsung/ live results score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : STALLION LAGUNA FC/ SFC (2) - (3) TERENGGANU FC/ TER
J. Ngong Sam 3'
G. McDaniel 14'
M. Nierras 33' (OG)
I. Mamut 67'
S. Norde 86'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.