Telefilem Takkan Terlerai (TV1)

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem Takkan Terlerai

Tonton Telefilem Takkan Terlerai ditayangkan pada 2 Disember 2023, hari Sabtu ini jam 10:00 malam di slot panggung RTM TV1 dan online di RTMKlik sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia pada 3 Disember. 

Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia yang disambut pada 3 Disember setiap tahun merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab untuk bersama-sama memberi penghormatan serta pengiktirafan kepada kemampuan dan sumbangan OKU.

Kekurangan fizikal bukan kayu pengukur kepada kejayaan seseorang itu untuk mencapai impian dan cita-cita. Dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU), juga bukan penghalang kepada individu itu untuk terus mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup.

Penerimaan yang baik oleh masyarakat turut menjadi penyumbang kepada individu OKU tidak berasa janggal bergaul dengan sesiapa saja termasuk komuniti bukan OKU.

Pada masa sama mewakili golongan OKU yang lain dan menjadi contoh dalam memberikan inspirasi kepada mereka menerusi kejayaan dicapai. Masyarakat perlu sedar golongan minoriti ini juga boleh ke hadapan. —sumber : rtm.gov.my

Takkan Terlerai ini merupakan karya Isma Yusoof dan Jaja Ishak yang diterbitkan oleh Kembara Sufi Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh pelakon popular tanah air iaitu Zahiril Adzim, Amin Haridz, Sharifah Sofea, Susila Devi dan ramai lagi. Penampilan khas Yap Leong Chai (Steve Yap) sebagai jurulatih badminton.
  • Zahiril Adzim sebagai Afiq
  • Haridz Suhaile sebagai Irfan
  • Syafikah Sofia Syed Hussein sebagai Aira

SINOPSIS TAKKAN TERLERAI

Mengisahkan tentang kisah suka dan duka yang mengisahkan pengorbanan seorang abang iaitu Afiq yang menjaga adik istimewa, Irfan yang pekak dan bisu setelah kematian ibu bapa mereka. Irfan dan Afiq berkomunikasi berdua dan orang keliling dengan menggunakan Bahasa Isyarat.

Afiq bekerja di kafe dan membuat kerja sambilan melukis serta menjual lukisan bagi menyara kehidupan mereka berdua. Irfan bercita-cita untuk mmenjadi olahragawan terkenal dan meminati sukan badminton.

Afiq duduk menyewa di sebelah rumah wanita berbangsa India yang selalu mengambil berat tentang Afiq da Irfan. Afiq telah berkenalan secara tidak sengaja yang mencari pelukis mural. Aira juga banyak membantu Afiq dalam megembangkan bakat seni lukisnya.

Di samping meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang abang dan pada masa sama mahu mengejar cita-citanya sebagai pelukis, mampukah Afiq mengharungi dugaan tersebut? Ikuti kesudahan kisahnya dalam Telefilem Takkan terlerai di TV1.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment