Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta

Azhafizah MN
By -
0
Sebentuk Kunci Sedetik Cinta

Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta akan bersiaran pada 27 November 2023, hari Isnin jam 8:30 malam di slot skrin di 9 TV9 dan online di Tonton.

Telefilem terbitan Zeel Production ini pernah ditayangkan pada tahun 2015. Skrip dihasilkan oleh MF Kencana, pengarah bersama Joeza Rasidi dan Kyoll Hamzah menampilkan lakonan utama Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Mia Ahmad dan Syafie Naswip.

PELAKON DAN WATAK

Telefilem ini dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Syafie Naswip, Mia Ahmad, Ika Nabella, Ammar Alfian, Farhana Marin, Zarith Anaqi dan ramai lagi.
  • Fahrin Ahmad sebagai Zamsyah
  • Rita Rudaini sebagai Maria
  • Syafie Naswip sebagai Fakhrul
  • Mia Ahmad sebagai Sumaiyah
  • Ika Nabella sebagai Nadia
  • Ammar Alfian sebagai Rafiq
  • Farhana Marin sebagai Mawar
  • Zarith Anaqi sebagai Fakhrul (bayi)

SINOPSIS SEBENTUK KUNCI SEDETIK CINTA

Sebentuk kunci sedetik cinta mengisahkan seorang tukang kunci yang bermana Sudin telah ditinggalkan oleh isterinya, Maria bersama seorang anak kecil kerana kecacatan kekal di kaki akibat kemalangan.

Selang bertahun kemudian, kedatangan Maria telah mendatangkan amarah kerana Sudin merasakan dirinya ditipu. Walaupun Sudin telah membuat ribuan kunci namun dia tidak boleh membuka kunci hatinya untuk memaafkan bekas isterinya itu.

Ikuti kisahnya dalam telemovie Sebentuk Kunci Sedetik Cinta di TV9 pada 27 November 2023, hari Isnin jam 8:30 malam.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)