Drama I Love You Stupid (Viu), Lakonan MK K-Clique Dan Ezzanie Jasny

Azhafizah MN
By -
4
Drama I Love You, Stupid! Lakonan utama MK K-Clique dan Ezzanie Jasny mula ditayangkan di platform penstriman Viu pada 12 Julai 2023. Drama ini merupakan drama adaptasi novel karya Allahyarhamah Melur Jelita.

Drama 40 episod ini bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, pada jam 12.00 tengah hari. Tonton online secara eksklusif hanya di Viu dan aplikasi Viu secara percuma.

Skrip ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim, terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. dibawah arahan Eyra Rahman.

Penonton boleh menonton Drama I Love You, Stupid! tanpa iklan dengan melanggan pakej Viu Premium samada menerusi laman web Viu atau aplikasi Viu dengan harga serendah RM14.90 sebulan atau RM79.90 untuk 12 bulan.

Ulang siaran drama I Love You, Stupid! di TV3 bermula 14 November 2023, jam 7:00 malam di Slot Akasia.

DRAMA I LOVE YOU, STUPID!

Jumlah episod : 40
Mula siaran : 12 Julai 2023
Siaran TV/ Platform : Viu
Penulis skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Drama I Love You Stupid Viu

PELAKON DAN WATAK

Drama I Love You Stupid dibintangi oleh Ezzanie Jasny, MK K-Clique, Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, Fareez Fauzi, Syad Mutalib, Fad Anuar, Luqman Junaidi, Carolina Binur, Hanna Halim, Ziha Salleh, Malia Baby, Musyi, Alif Hadi, Aween Ismail, Azlan Komeng, Raff Roslee, Hanna Aqeela, Adam Corrie, Mas Anizan, Qistina Raisah dan ramai lagi.
  • Ezzanie Jasny sebagai Iris Nur Zakaria
  • MK K-Clique sebagai Firman Ebrahim
  • Haidar Hasanudin sebagai Dr Aidan
  • Fauzi Nawawi sebagai Tuan Seri Zakaria
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Seri Sarah
  • Lisdawati sebagai Hajah Aminah
  • Fareez Fauzi sebagai Hakimi
  • Syad Mutalib sebagai Fatimah
  • Fad Anuar sebagai Faris
  • Luqman Junaidi sebagai Daus (Firdaus)
  • Carolina Binur sebagai Azelia
  • Hanna Halim sebagai Azalea
  • Ziha Salleh sebagai Violet
  • Malia Baby sebagai Lara
  • Musyi sebagai Farina
  • Alif Hadi sebagai Izahar
  • Aween Ismail sebagai Hanim
  • Azlan Komeng sebagai Sarjan Hasan
  • Raff Roslee sebagai Ustaz Zul
  • Hanna Aqeela sebagai Zubaidah
  • Adam Corrie sebagai Hakeem
  • Mas Anizan sebagai Isteri Hakeem
  • Qistina Raisah sebagai Zainab

SINOPSIS I LOVE YOU, STUPID!

I love You, Stupid! mengisahkan tentang Iris Nur, seorang gadis yang mengatur hidupnya sendiri sanggup mengorbankan orang sekeliling demi kepentingan dirinya.

Disebabkan itu, seorang pengawal peribadi, Firman telah diupah untuk menjaga dirinya sepanjang keberadaannya di sebuah misi kemanusiaan. Namun, hakikat yang Firman dan semua orang tak tahu adalah Iris mempunyai perancangan lain sebenarnya.

Drama I Love You Stupid Lakonan MK K-Clique Dan Ezzanie Jasny

LAGU TEMA (OST) I LOVE YOU, STUPID

Tajuk lagu : Thank You
Penyanyi : Pasya

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment