Telefilem Misah Tarzan Hajar Runcit

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Misah Tarzan Hajar Runcit bersiaran pada 17 November 2023, hari Jumaat jam 8:30 malam menerusi Slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton. Telefilem ini merupakan telefilem/ telemovie ulang siaran yang ditayangkan pada tahun 2014.

Misah Tarzan Hajar Runcit sebuah telefilem komedi karya pengarah Azmi Hata, skrip ditulis oleh Nieza Nahar dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution. 

Misah Tarzan Hajar Runcit

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Nad Zainal, Ika Nabila, Amar Asyraf, Hafeez Mikail, Khaty Azean, Ku Faridah (Mak Engku) dan ramai lagi.
  • Nad Zainal sebagai Misah
  • Ika Nabella sebagai Hajar
  • Hafeez Mikail sebagai Mizun
  • Amar Asyraf sebagai Hadi Darwis
  • Khaty Azean sebagai Che Chom
  • Ku Fridah (Mak Engku) sebagai Tok Wan

SINOPSIS MISAH TARZAN HAJAR RUNCIT

Misah Tarzan Hajar Runcit menceritakan tentang kisah Misah dan Hajar, dua orang gadis kampung berusia awal 20-an. Orang kampung hairan melihat keakraban mereka walhal perangai mereka berdua ibarat langit dan bumi. 

Mizun, lelaki sengau cekap dalam pengurusan akaun dan perniagaan menyimpan perasaan terhadap Hajar. Namun begitu, Hajar menyukai Hadi Darwis, pelakon popular yang juga sepupu Misah. Kekecohan berlaku selepas itu.

LAGU TEMA (OST)

Tajuk lagu : Pencuri
Penyanyi : Mark Adam

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)