Telefilem Denting Cinta

Azhafizah MN
By -
2
Denting Cinta

Telefilem Denting Cinta bersiaran pada 11 November 2023, hari Sabtu jam 9:00 malam di slot panggung RTM TV1 dan secara online di RTMKlik.

Denting Cinta merupakan telemovie kisah kekeluargaan diarahkan oleh Rahila Ali terbitan syarikat produksi Sixbase Resources Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon seperti Fadlan Hazim, Isyariana, Laila Nasir sebagai teraju utama.

Telefilem ini memaparkan kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita tentang penyakit Alzheimer (AD). Ia dapat memberikan kesedaran dan menambah pengetahuan bagaimana untuk menguruskan warga emas yang berpenyakit Alzheimer ini.

Menjaga pesakit yang menghadapi penyakit Alzheimer ini boleh menjadi sangat mencabar daripada segi emosi, mental dan fizikal. Ibarat ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh Fadlan Hazim, Isyariana, Laila Nasir, Effa Nareesha, Neera Azizi, Mak Wan, Effa Nasrisha, Dareen Lew, Beego dan Rahim Kidol dan ramai lagi.
  • Fadlan Hazim sebagai Darwish
  • Isyariana sebagai Dahniah/ Manja
  • Laila Nasir sebagai Cikgu Halimah
  • Effa Nareesha sebagai Dalilah

SINOPSIS DENTING CINTA

Telefilem ini mengisahkan tentang kisah wanita separa usia iaitu Cikgu Halimah yang mempunyai penyakit Alzheimer dan mengalami mengalami simptom kehilangan memori.

Wataknya digambarkan sebagai individu yang mudah resah dan mula berkeliaran serta adakalanya akan menjadi lebih agresif. Selain itu, dia juga akan sentiasa mengucapkan sesuatu dan melakukan sesuatu secara berulang-ulang.

Sementara itu, Darwish merupakan salah seorang daripada anak Cikgu Halimah rasa bertanggungjawab mahu menjaga emaknya, yang menghidap penyakit Alzhaimer tersebut.

Apatahlagi bila mengenangkan emaknya juga sentiasa memerlukan bantuan bagi mengendalikan rutin harian seperti mandi, memakai pakaian, makan dan menggunakan tandas. Sesuatu aktiviti yang mudah untuk kita lakukan akan menjadi sesuatu yang sukar bagi penghidap Alzheimer.

Darwish kemudiannya mengambil Dahniah sebagai pembantu emaknya. Dahniah bersetuju untuk menjaga Cikgu Halimah kerana wanita itu pernah menjadi penjaganya sewaktu Dahniah bersekolah rendah.

Mampukah Dahniah menggalas tanggungjawab tersebut? Ikuti kesudahannya Denting Cinta di TV1 dan online di platform RTMKlik.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment