Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Kuew Teow Goreng Untuk Suami

Bukan nak cakap apalah. Sejak pandai masak kuew teow sedap. Sedap ke? Sedaplah pada tekak orang yang makannya. Bukan Fiza cakap lah tapi yang pernah makan tak pernah komplen lagi cakap tak sedap. Siap ada minta resepi lagi tu.

Nah resepi, letak sesiap sebelum ada yang tanya : Resepi kuew teow goreng mudah dan sedap.

Kalau tanya suami esok nak masak apa, nak makan apa. Kalau ada stok kuew teow, kuew teow goreng lah jawapan dia. Fiza ni dengar kuew teow pun boleh rasa mual nak muntah. Serius tak tipu!

Resepi Kuew Teow Mudah Dan Sedap

Nak dijadikan cerita, dulu sejak pandai masak kuew teow ni. Boleh dikatakan kerap juga lah masak kuew teow goreng ni. Kira handal lah tu masak kuew teow.

Sampai satu tahap tu, dia tak boleh nak brain dah rasa sedap sepinggan kuew teow. Rasa sedap tu terus bertukar rasa jemu dan terus rasa kuew teow goreng tu biasa je walaupun orang lain kata sedap kemain puji melambung lambung.

Jemu Dengan Masakan Sendiri?

Paling tidak, boleh masuk sesudu dua je. Pelik ke tak pelik? Mungkin sebab jemu dengan masakan sendiri atau jemu makan kuew teow entah.

Tapi dalam tak suka tu, boleh pula order kuew teow goreng kat kedai. Sekali rasa tak sedap dan tak ikut taste kita pula. Baik masak sendiri lagi sedap cakap dalam hati. Ko dah kenapa sebenarnya Fiza oiii? 

Masak sendiri tak lalu makan, beli tak sedap pula. Apa yang kau nak sebenarnya ni? Haha kelakar dengan diri sendiri.

Tak Boleh Kerap Makan Benda Yang Sama.

Sebenarnya boleh je makan cuma tak boleh sekerap dulu. Sebulan sekali boleh lah. Sama juga dengan mee goreng. Tak boleh selalu makan. Mengada betul eh tekak ni.

Dulu zaman sekolah rendah, suka betul makan durian sebab masa tu dusun durian abah masih ada lagi durian berbuah. Sekarang dah bertukar jadi kebun getah. Suka ikut abah pergi dusun, jual buah. 

Puas betul dapat makan durian hari-hari. Lepas tu dah besar sikit terus rasa loya nak makan. Bau pun tak boleh sampailah dua tiga tahun lepas baru lah Fiza boleh terima makan durian semula. Itupun tak makan banyak.

Boleh Masak Tapi Tak Boleh Makan.

Pelik betul perangai. Benda yang suka jadi tak suka tetiba. Ikut mood pun ye juga ni. Rindu pulak rasa kuew teow kantin sekolah makan dengan sambal. Walaupun kuew teow bodoh orang panggil tak banyak rencah tapi sedap betul dah masa tu kan.

Sekarang masak kuew teow untuk suami je lah. Ada orang request boleh je masak. Tapi diri sendiri tak ada kekuatan nak makan dah. Kena juga jarakkan masa kalau nak makan tu.

Menu kuew teow kungfu, char kuew teow tak pulak rasa mual. Dia hanya spesifik pada kuew teow goreng je. Boleh pulak gitu kan. 






Post a Comment

15 Comments

  1. sy stakat ni xrasa jemu lg ngn masakan sendiri..
    mngkin sbb sy jarang masak.. haha..

    kueyteow mmg perbret sy! tp skrg dh jrng makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugalah kan sebab jarang masak. so kurang sikit jemu tu.

      kuew teow favourite juga tapi itulah..bukan sekarang.

      Delete
  2. FUh lawanya gambar kueytiaw itu! hehe

    ReplyDelete
  3. Orang nak makan masakan kita.Kita nak makan masakan orang.Itulah kak PC..huhuhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang macam tu juga. macam jemu dengan masakan sendiri camtu :)

      Delete
  4. Memang Fiza sudah jemu makan kuewtiaw goreng.
    Macam saya dulu makan siput sedut sekarang tidak boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..tak boleh kerap makan sangat terus jadi tak suka. Ambil masa nak suka semula tu.

      Delete
  5. Kuewtiaw goreng sedap kak.huhu. Tapi GV faham, kadang kita sendiri confius dengan selera makan kita sendiri kan kak. huhu.

    ReplyDelete
  6. kuewtiau goreng sedap dimkn panas2..bila dah sejuk, rasa mcm boring je, sayalah tu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! makan panas panas baru rasa sedap. Dah sejuk rasa kurang berselera nak makan.

      Delete
  7. agaknya memang lumrah kot bla kita jemu dgn masakan sendiri... biasaaaa tu tekak ni hahahaha

    ReplyDelete
  8. Sayaaa memang tak minat kue teow.. sejak muntah masa makan kue teow kat sekolah.. sekali dengan bentuknya yang empat segi tu sy tak minatt.. Memang mak pun tak masak.. sebab nanti saya tak makan.. lorhh

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.