Bila Tekak Teringin Nak Makan Mee Kari, Masakkan Aje!

Friday, August 28, 2020

Kalau ada yang perasan, lately Fiza dah kurang post gambar makanan. Bukan tak masak. Masak je! tapi itulah bila datangnya mood tak menentu dan kecelaruan mood. 

Semua benda nak buat serba tak kena. Masak pun benda yang simple-simple je yang selera nak makan.

Nak ambil gambar lagi lah tak ada mood. Punya lah teruk dia punya mood mengalahkan ibu mengandung. Kalau mengandung betul, entah macamana lah agaknya nanti kan. 

Harap ada rezeki mengandung tak mengidam macam-macam. Jenuh husband nak layan isteri nanti. Bak kata arwah seniman P.Ramlee "siapa tak sayang bini oiii"

Semalam husband keluar kejap, sempatlah nak kirim barang-barang nak buat mee kari. Tiba-tiba dia datang mood rajin. Dah ada mood rajin tu jangan tanguh-tanguh dah.

Mujur kerja masak mee kari tak separuh jalan. Alhamdulillah siap mee kari. Macam biasa tak pernah cukup rencahnya. Cili besar merah lupa nak tulis dalam list. 

Takpelah, dah letak cili kisar masa tumis kira ada rasa pedas juga lah tu.

Resepi Mee Kari Masak Cara Fiza

Rezeki jugalah dapat beli kerang yang saiznya besar sikit. Sejak PKP tu makin susah nak dapat beli kerang. Baru baru ni jelah baru ada rezeki makan kerang. Harga boleh tahan sekarang eh? Beli sekilo setengah dah RM21.++. Tapi puas hati lah kerangnya agak besar jugalah. 

Tips Bersihkan Kerang dan Cara Masak Kerang Tak Kecut

Fiza biasa basuh kerang guna serai atau garam sampai bersih. Lepas tu rebus tanpa air. Lepas cuci kerang, toskan lepas tu masuk terus dalam kuali. Letak serai dan halia. Biarkan sampai masak. Tak perlu letak air. 

Tanda kerang dah masak, kulit dia terbuka. Bila ada yang dah terbuka tu tandanya dah masak dah tu. Angkat masukkan dalam bekas yang berisi air batu. So nanti kerang tak melekat pada kulit dan senang kopek. Kerang pun nampak fresh tak kecut. 

Resepi Mee Kari

Masak mee kari Fiza tak campurkan sekali dengan kerang dalam kuah. Nak makan baru letak dalam mangkuk. Sayur sawi pun sama. Tak suka nak campur semua rencah dalam kuah. So nanti kuah boleh simpan lama sikit dan lambat basi. Sayur pun tak lecur lama.

Buat style macam ni senang. Mudah kerja untuk yang tak makan kerang, tak makan sayur. Tak nak tak perlu ambil. Tapi kalau dah campur dalam kuah, jenuh nak mengasingkan rencah. Lagi satu akan menyebabkan pembaziran.

Lagi satu nak simpan kuah, Fiza habiskan rencah sesiap. Esoknya nak makan panaskan kuah dan letak rencah baru macam fishball, fishcake dan tauhu. Baru lah rasa sedap sikit.

Tips Kuah Mee Kari Pekat

Nak kuah pekat boleh tambah kentang rebus atau keledek yang dah siap rebus dan lenyekkan. Tak ada keledek letak kentang lenyek pun okay. Nak kerja mudah. Fiza potong kentang terus blend je. Tak perlu rebus dan lenyek. Lagi cepat kerja lah. 

Nak guna cara tradisional macam biasa potong dan rebus, kemudian lenyekkan. Macam banyak kerja kan? Boleh tiru masak cara Fiza dengan cara blend terus masukkan dalam kuah. Jimat masa dan kerja.
Keledek tu lagi sedap kalau letak, dia akan rasa kuah tu manis-manis sikit. Mak Fiza cakap lah.

Nak kuah tu lagi rasa sedap, selain blend udang kering. Tambah sikit udang fresh. Rasa manis udang pun sedap juga.

Hidangkan mee kari dengan kopi tarik memang sedap. Sambil menulis ni pun boleh kecur air liur. Aduhaii. itulah kalau teringin kena rajin nak memasak. 

Nak beli kadang tak kena dengan tekak. Memang leceh masak mee kari ni. Banyak banyak nak sediakan. Kalau tak 2 jam kat dapur tu tak sah. Sesekali boleh lah layan.

Resipi mee kari masak cara fiza mungkin tak sama dengan orang lain, ikut kaedah masak cara masing-masing. Kalau nak cuba cara Fiza silakan atau boleh google mana mana resipi mee kari yang mana senang pada kau orang.

Malas nak taip semula resipi mee kari, silalah klik link resipi tu kalau nak cuba. 



25 comments

  1. suka byk kerang...sedap mi kari kuah yg manis2 sikit..kwn akk bubuh ketam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka gak yang manis manis tu. tapi belum pernah letak ketam. Macam best tu. Nak try jugalah :)

      Delete
  2. lama tak datang jenguk blog akak . macam biasa , seni photography akak tak pernah tak buat saya amaze . Lapar mee kari pulak lepas tengok gambar nie , saya suka yang lebih kerang dan sayur-sayur . Hmmmm , dapnyaaaaa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih datang. Tapi maaf tak dapat jejak balas. Link awak tak ada pulak. nanti datang lagi letak link ye kat profile.

      Samalah, suka kerang dan sayur lebih :)

      Delete
  3. Nampak pekat kuahnya tu
    Baru sarapan mee kari semalam tapi beli jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka buat kuah pekat kak. Wah awal awal pagi makan mee kari. Kadang mee kari susah nak dapat pepagi.

      Delete
  4. antara kesukaan ammi mee kari ni.

    kerang memang mahal skrg kan..haritu masa raya jenuh ammi cari kerang besear nak buat rendang. sudahnya smpi ke klang. tengah malam cik abe gi beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, terkejut harga tak macam dulu dah. Masa raya lagilah banyak stok habis cepat. Syukur ada juga tu kan. walaupun tengah malam membeli. kira rezeki tu.

      Delete
  5. Dah lama tak makan mee kari! I've been craving for it for weeksssss. Thanks for the recipe and the food photos are amazing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu, kena masak juga. Kalau tak, order by foodpanda je. hihi.
      Terima kasih :)

      Delete
  6. Mahal sungguh kerang ya..lama tak beli, tak perasan harga dah.
    Nampak sangat menggoda mee kari fiza tu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Harga semakin mahal. Tak jumpa lagi harga yang murah. Terima kasih :)

      Delete
  7. akak pun kalau buat mee kari tak boleh campur kerang sekali sebab ayah depa ni tak boleh makan kerang. Sakit perut.. Jadi kena asing kan lah. Anak2 dia je pantang nampak kerang, ratah kernang je la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. memang lebih baik asingkan. Senang nak ambil mana yang makan mana yang tak.

      Delete
  8. Homemade Mee kari kerang looks so tasty!

    ReplyDelete
  9. Sedapnya nampak... Kerang mahalnya sekarang tapi jarang juga dapat makan, sebab ada yang alergik kerang kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kalau ada yang alergik sesekali je la dapat beli dan makan. kalau nak makan sorang rasa macam tak best pulak kan.

      Delete
  10. sedap fiza ^_^ shida..sejak kawen dgn husben shida pn dah jd pemakan mee kari ^_^ cuma xbuh kerang je hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kena dengan selera. Tak makan kerang ye shida?

      Delete
  11. Wow, dah nampak menu makanan kat kedai makan hipster atau restoran ekslusif gitewww kak. cantik gambar makanan dan minuman kat atas kak. dan paling penting nampak sangat sedap kak. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih GV. Sedap lah ikut taste sendiri. Orang lain rasa tak tahu lagi sedap ke tak :)

      Delete
  12. baca entry ni tingat mggu lps. tekak nk mkn mi kari so g kedai sblh, tgk dia ada jual mi kari. trs laa sambat sebekas...sy nk buat mmg x laa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung tu nak makan terus dapat. kira rezeki dapat makan mee kari. kita time rajin je ni boleh buat.

      Delete
  13. Saya baru tahu cara masak kerang macamtu.. ahahaha.. ok.. x pernah masak rupanya...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.