Karipap Pusing Bonda Inti Sardin

Lama betul tak makan karipap pusing. Dapat karipap pusing rangup dan rapuh tu memang sedap. Nak buat sendiri memang tak lah. Bukan tak pernah cuba. Dah 2 kali cuba tak menjadi jugak. Kali kedua cuba buat dengan husband berakhir dengan gelak. Maksudnya failed lah tu.

Jangankan karipap pusing. Karipap biasa pun failed. Apoooo! Nak makan karipap, beli je karipap frozen. Ready to goreng je senang. Tak kiralah karipap kentang, karipap sardin, karipap pusing, karipap daging kentang sekalipun. Kita belikan aje. 

Mungkin cara buat karipap pada orang yang pandai senang je. Tapi bagi yang tak ada bakat ni, macam susah. Cara kelim karipap tu pandailah juga. Tapi part buat kulit karipap tu terpaling failed. Inti tu kira senang juga sebab kaedah dia macam masak lauk je.

Kena pratice make perfect lah. Tiba-tiba macam rindu pulak nak makan karipap ikea. Tiada tandingan rasa karipap ikea tu. Dia lebih kurang macam karipap gergasi tu ada letak telur rebus dalam karipap.

Apa jugak jenis karipap kena kulit nipis rangup dan inti sedap. Yang berniaga pun janganlah jual karipap inti oksigen ye.

Maafkan saya, terbebel pulak. 

Minggu lepas mak mentua dengan adik ipar ada bagi karipap pusing inti sardin frozen jugak. Karipap Pusing Bonda namanya. Baru minggu ni menggorengnya pun. Mujur teringat ada karipap pusing frozen dalam peti ais. Kadang boleh jadi pelupa jugak. Faktor usia  ke faktor stress tak tahu lah.

Karipap Pusing Bonda Inti Sardin

Karipap pusing

Karipap pusing merujuk kepada kulit karipap yang digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak lapisan yang cantik dan lebih rangup. Lebih mudah dikenali disebabkan lapisan kulit.

Ada 10 biji dalam satu pek. Jangan tanya saya berapa harganya sebab bukan beli sendiri. Karipap pusing bonda ni sedap sebenarnya. Cuma kulit karipap agak tebal sikit je. Inti dia pun banyak dan sedap. 

Rasa sardin pun tak terlalu kuat sebab dicampurkan segala dengan kentang. Tenggelam timbul rasa sardin tu. Pada saya okay je, janji rasanya masih sedap.

Yang berdekatan area Seremban nak cuba rasa, silalah order.

Karipap Pusing Bonda Inti Sardin

41 comments:

  1. Rindu juga nak makan karipap ikea hahaha... skrg ni mmg cari karipap ala2 ikea je..
    Nasib la terjumpa walau takde la sama kan tp at least ada la rasa nya mcm ikea sket2 hahah...jadi la buat hilangkan kempunan gitu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki KakRet jumpa ala ala IKEA punya tu. Jadilah buat hilang kempunan kan.

      Delete
  2. Akak adalah penggemar karipap dan akak sememangnya tak pandai buat karipap..pandai beli dan makan je..hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak. beli je lah senang. nak makan pun sikit je :)

      Delete
  3. Lagi suka karipap biasa daripada karipap puding. Mungkin apabila puding kulit jadi tebal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. karipap mana mana pun kalau inti sedap dan kulit nipis pasti sedap.

      Delete
  4. suka karipap pusing...tp tkpernh buat sdiri walaupun mak mmg jual frozen food karipap..anknya tk reti buat..tau mkn je hehe

    ReplyDelete
  5. wah, apa pula itu karipap pusing? penasaran seperti apa rasanya?
    di Indonesia tidak ada ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karipap pusing merujuk kepada kulit karipap yang digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak lapisan yang cantik. Boleh rujuk pada gambar lapisan tu :)

      Delete
  6. sedapnya karipap inti sardin!
    kalo karipap pusing ni sy kurang minat skit.. hihi

    ReplyDelete
  7. suka karipap pusing
    selalu order dgn ank buah yg buat jualan juga di kl ni

    ReplyDelete
  8. Akak buat karipap sendiri masa tahun2 awal kawin je. Lepas tu dah senang beli yang frozen, beli kan aje..hehe

    Sejak rumah dekat dengan IKEA ni, memang akak dan suami dah jadi peminat karipap dia pulak. Bolehlah kerap makan sementara duduk sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya dekat dengan IKEA. tapi IKEA sekarang tutup lagi kana kan. Ye betul. Beli frozen je senang kerja.

      Delete
  9. Bukan semua tahu buat karipap pusing ni. Akak karipap biasa je bole buat. Itu pun malas, beli frozen je senang. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Kita serahkan pada yang pakar buat karipap. Kita tukang support beli frozen je.

      Delete
  10. Kak Amie suka makan karipap biasa dan karipap pusing yang rangup. Kalau buat sendiri memang kena ikut mood. Ada kawan di dapur memang best buat karipapa, tapi bile sendiri...aduyai! Akhirnya beli saja hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua karipap kalau rangup memang best makan. hihi..kalau buat sorang memang letih sikit. itulah, beli je senang.hihi

      Delete
  11. Aduih..dan dan rasa lapaq nak karipap, rindu la cheq kat karipap gergasi yang ada teloq rebuih tu 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..rindu nak makan karipap gergasi tu. Mana nak dapat entah

      Delete
  12. Cantik buatan karipap pusing tu.. Rasaoun pasti sedap.

    ReplyDelete
  13. Kan kak fiza, benda ada dijual, kalau bukan untuk dibeli, takkan untuk dilihat saja kan? Hehehe. Kalau saya punn, setakat nak lepas ngidam sikit, saya beli aje hehehe. Senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kalau tak reti kita serahkan pada yang pakar buat. itulah setakat nak lepas mengidam tu okaylah beli je.

      Delete
  14. lama sgt shida xjumpa karipap pusing..kdg2 ade yg buat jenis rapuh..kan fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak nak jumpa. Fza suka jenis rapuh Shida :)

      Delete
  15. sama lah kite. leceh nak buat karipap ni sebenarnya dan penat. sanggup beli jer.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mampu beli je setakat ni..nak buat tak mampu nak tengok ending dia. huhu

      Delete
  16. nampak kesedapannya tu..tapi akak tak berapa suka inti sardin berbanding yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh bukan peminat sardin. Kena cari inti selain sardin gitu.

      Delete
  17. Saya suka gak inti sardin... Karipap memang kena kulit nipis tapi rangup..Agituh..... isi kt dlm pulak bukan oxygen, barulah jadi pilihan....

    ReplyDelete
  18. senang beli yg frozen ni, tinggal nak goreng dan makan :)

    ReplyDelete
  19. Senang beli frozen tp kan fiza memang teringin nk buat karipap pusing sendiri sampai ke sudah tak dpt2

    ReplyDelete
  20. Sha selalu ada stok karipap sardin frozen kat rumah.. tapi bukan pusing lah.. susah juga nak jumpa kat sini.. senang.. nak makan keluarkan dan goreng..
    Nak buat sendiri tak tahulah jadi ke idak..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.