Responsive Ad Slot

Slider

Karipap Daging Kentang Frozen Murah dan Sedap

Bukan senang nak dapat kuih muih harga murah sekarang ni. Karipap daging frozen yang kawan Fiza jual ni cuma RM4 sebungkus. Dalam sebungkus ada 10 biji karipap bersaiz biasa.
Bulan Ramadhan kali ini Fiza tak buat sebarang jenis kuih muih untuk menu tambahan berbuka puasa. Biasanya masak lauk untuk satu jenis je untuk berbuka. Almaklumlah berdua je, tak perlu nak beria sangat berbuka puasa. Kalau masak banyak pun nanti takut membazir. Bulan puasa tak perlu nak ikut nafsu sangat nak makan itu ini yang akhirnya ke tong sampah kalau tak larat nak makan. 

Kebetulan Fiza nampak ex-coursemate merangkap ex-housemate masa study dulu ada jual karipap daging frozen. Terus Fiza order 5 bungkus sebab Fiza tahu confirm sedap. Ye lah, masa stay dengan dia dulu bab masak memang gred A. Tak pernah mengecewakan! " Hai Nisa, kalau baca jangan kembang sangat ye"


Inti Karipap Daging Kentang Sedap


Kalau makan karipap, inti tak sedap memang boleh buat hilang selera nak makan. Betul tak? Inti memainkan peranan penting untuk karipap tu dapat nama " Karipap sedap". Barulah boleh bertambah-tambah makan. Untuk karipap ni memang inti daging dan kentang yang sedap. Cukup masak dan cukup rasanya. Inti pulak banyak penuh satu karipap. Barulah berbaloi beli.

Kulit Karipap Yang Rangup

Kalau makan karipap, Fiza memang tak suka kulit karipap tebal-tebal. Suka yang nipis-nipis dan rangup. Kalau makan panas-panas lagi sedap. Karipap frozen yang Fiza beli ni dah goreng lama pun masih lagi rangup. 


Harga Murah dan Berbaloi

Bukan senang nak dapat kuih muih harga murah sekarang ni. Karipap daging frozen yang kawan Fiza jual ni cuma RM4 sebungkus. Dalam sebungkus ada 10 biji karipap bersaiz biasa. Kira murah juga RM0.40 sen sebiji.

Untuk bulan puasa sangat sesuai ada kuih muih frozen ni tak perlulah nak ke bazaar ramadhan. Kadang-kadang kat Bazaar pun kuih muih ada yang tak semenggah dengan harga. Kuih mahal tapi tak seberapa. Untuk elakkan kecewa beli kuih muih yang entah apa-apa, baiklah beli yang frozen. Boleh masak dan makan pada bila-bila masa je. 

Orang-orang berdekatan kajang boleh dapatkan karipap daging kentang frozen ni setiap minggu sebab stok dibuat seminggu sekali je. Boleh delivery atau self pick up. Untuk luar kawasan kajang, orang seremban kalau nak order pun boleh juga. Sila contact :

Facebook : Khairunnisa Basri
instagram : @nisa_2004

7
( Hide )
  1. Suka karipap inti di dalamnya padat baru puas makan..kadang kalau beli.. intinya kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..inti banyak tu yang syok makan. Baru betul² sedap

      Delete
  2. ada jiran akak buat karipap frozen yang intinya mcam basah-basah sikit...inti pun padat...cuma bulan puasa ni dia tak buat....kalau tak senang dah kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada jual dekat² memang beli je kan kak :)
      beli pun biar yang berbaloi sikit

      Delete
  3. Aah lebih jimat masa bila ada drozen mcm ni kan. Xperlu ke bazaar slalu. Btw, mmg nmpk padat karipap dia ni. Nyum !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, memang jimat masa dan jimat duit beli kat Bazaar. Lagipun fiza memang jenis yang tak suka pergi bazaar..hihi

      Delete
  4. aida beli kat opismet.
    frozen punyer jugak, fiza.
    alhamdulillah sedap.
    da x pernah la beli karipap kat luar.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu