Fittonia Pokok Hiasan Dalam Rumah

Wednesday, April 29, 2020

Duduk rumah selain aktiviti mengemas, memasak, tengok movie dan sebagainya dalam tempoh PKP ni. Membelek pokok-pokok bunga hiasan dalam rumah salah satu aktiviti terapi yang boleh memberikan mood sedikit tenang. Itu kalau pokok hidup sihat membesar. Kalau susah nak hidup tu, kita pulak yang susah hati nanti. Pendek kata, nak tanam pokok hiasan dalam rumah kena pilih pokok yang sesuai. 

Pokok hiasan dalam rumah ni biasanya jenis yang tidak memerlukan cahaya yang banyak, kena letakkan di tempat yang redup tapi dalam masa yang sama masih ada cahaya. Kiranya di bawah cahaya matahari yang rendah bukan terdedah terus pada cahaya matahari yang kuat. Untuk kau orang yang suka letak tanaman pokok hiasan dalam rumah atau nak letak pokok hiasan di meja kerja, Fiza suggest pokok renek yang comel macam Fittonia ni. 

Fittonia juga dikenali sebagai nerve plant dan ianya sejenis pokok bonsai hiasan daripada beberapa spesis yang memiliki corak-corak daun yang berbeza can cantik. Jenis-jenis fittonia adalah Fittonia Fortissimo, Fittonia Frankie, Josan fittonia , Fittonium Red , Fittonia Red Vein, Fittonia Pink Vein, Fittonia White Vein, Fittonia White Anne, Fittonia Skeleton, Dwarf fittonia Perseus dan Fittonia Mosaic Kings Cross. Yang Fiza beli bulan lepas jenis Fittonia Red, Fittonia Skeleton dan juga Fittonia White Anne.

Fittonia Red

Fittonia Red ni warna merah dia sangat cantik. Jenis corak dan bentuk daunnya sangat cantik beralun. Apa yang Fiza perasan Fittonia Red ni lebih cepat membesar daripada fittonia yang lain. Terlebih baja belaian manja ni agaknya. Mana taknya hari hari belek dia. Dulu comel renek je tumbuhnya. Sekarang dah menggalah tinggi. Tapi itulah, nak re-pot pun nak kena beli pasu baru dulu.


Fittonia Skeleton

Fittonia Skeleton ni agak unik daunnya. Kombinasi warna pink dan hijau sangat menyerlah. Kenapa dipanggil skeleton? Kau orang sendiri dah boleh agak sebab corak daun dia jelas terang macam tulang rangka. Bentuk daun dia bulat sikit dan tak beralun macam fittonia red tapi cantik sebab corak daun dan kombinasi warna daun tu.

Fittonia White Anne

Yang terakhir, Fittonia White Anne ni agak lambat juga ye nak tunggu dia membesar. Pertumbuhan yang agak lambat. Ke sebab nak pasu baru ni? Tapi kira okaylah dia maintain macam ni sebab kecik macam ni comel je nampak. Fiza beli 3 pasu Fittonia ni dengan harga RM20 di Seremban Landskap. Rindu pulak nak pergi nursery haih.

21 comments

  1. Cantik..

    Jemput join segmen ya 😊

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Pokok hiasan begini jadi terapi minda juga kan bila ditenung-tenung 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak Farrah. Jadi ralit tengok pokok-pokok ni. suka tengok pokok membesar. senang hati :)

      Delete
  3. sama la Fiza.. Dilah mula mengumpul koleksi indoor plant ni awal tahun aritu.. memang terapi sangat lagi2 time PKP ni.. tp Dilah letak kat luar rumah aje.. ada yg daunnya layu buat kita risau.. ehh.. pokok Fittonia ni memang Dilah dah aim jugak nak beli.. maybe boleh masuk list koleksi bulan mei nanti.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tahu juga cara penjagaan setiap pokok. Biasanya Fiza cari pokok yang senang jaga untuk indoor :)

      Delete
  4. Baru tau nama pokok ni fittonia. Good sharing untuk orang yang kurang ilmu pertanian cam saya ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja berkongsi info sebab suka pokok ni :) Mana tahu kot ada yang berminat.

      Delete
  5. hiasan nya kok asik bangt ya.. bagus mba

    ReplyDelete
  6. oooo... banyak jenis rupanya fittonia ni ye... cantik!

    ReplyDelete
  7. Cantik2 bunga hiasan fittonia ni
    Kat rumah wak hiasan dalamannya bunga palsu aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kampung xperlu hiasan dalaman wak..kampung lamannya luas tanam kat luar je. udara dalam rumah dah cukup bersih :)

      Delete
  8. suka sebab comel aje pokoknya...housemate pun ri tu survey pokok hiasan dalam rumah kat shopee...tapi tak tau la dia jadi beli ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, suka juga sebab comel. ramai yang shopping pokok kat shopee. tapi belum pernah beli kat shopee lagi takut pokok mati pulak bila sampai. skang musim parcel lambat sampai

      Delete
  9. hiasan bunga pasu gantung yg chantek.,

    ReplyDelete
  10. kalo org kl biasa beli bunga kat nursery sungai buloh je.,

    ReplyDelete
  11. Gila cantik kaler merah tu! Berseri dan nampak bernyawa sungguh!!!!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.