Top 10 Komentator Blog Sihatimerahjambu 2020

Tengah menantikan keputusan Top 10 Komentator Blog Sihatimerahjambu 2020 ke tu? Saja nak bagi suspen sikit walaupun boleh check sendiri kat menu bar atas tu bawah menu about. 

Pertama sekali terima kasih untuk semua blogger yang rajin singgah dan meninggalkan komen. Yang datang singgah sekejap tanpa komen pun terima kasih juga. 

Faham, kadang tu topik yang kita tak tahu. Tak tahu nak komen apa, ada tak pernah rasa macam tu? Confirmlah ada. Yang malas komen pun ada, suka membaca je. Pembaca ni ada macam-macam kategori.

Ucapan terima kasih yang mampu diucapkan sebagai penghargaan. Penghargaan untuk komentator je lah yang dapat diberikan hadiah sebab boleh trace dan wujud. Uknown komen banyak banyak pun memang tak lepas dan nak bagi hadiah kat sapa pulak kan.

Top 10 Komentator Blog Sihatimerahjambu 2020

Tahniah Top 10 Komentator Blog Sihatimerahjambu 2020

  1. Shida Radzuan : www.duniashida.com
  2. Sunah Sakura : www.sunahsukasakura.com
  3. NA : me-soul-searching.blogspot.com
  4. Amie : salamisimon1.blogspot.com
  5. Wak Lat : tigalalat.blogspot.com
  6. nona sani : www.nonasani.com 
  7. Sha Mohamed : kasihkuamani.blogspot.com
  8. TukangKebun : kebunbahagiabersama.blogspot.com
  9. nohas : al-pakri.blogspot.com
  10. dear anies : aniesandyou.blogspot.com

Untuk top komentator 1 hingga 4 sila emailkan alamat dan nombor telefon masing masing ke : azhafizahmdnor@gmail.com untuk claim hadiah dan proses penghantaran hadiah. 

Kalau boleh secepat mungkin sebab nak pos sekali terus semua hadiah. Leceh nak keluar banyak kali kan musim covid ni.

Maaflah, bajet hadiah yang saya sediakan sampai nombor 4 je. Doakan saya bertambah rezeki so kita boleh kongsi lagi rezeki bagi 10 top komentator akan datang.

Untuk semua top 10 yang tersenarai akan dimasukkan ke dalam bloglist sepanjang tahun 2021.

Top 10 Komentator 2021

Untuk tahun depan, saya rancang nak buat 6 bulan sekali untuk top komentator. Jadi dalam setahun ada 2 kali. Atau 4 bulan sekali ke atau 3 bulan sekali ke.

Hadiah untuk nombor 1 sampai 3 dan yang lain macam biasa akan dimasukkan dalam bloglist dan bertukar mengikut berapa bulan yang diplan untuk umumkan top komentator nanti.

Boleh lah bagi peluang beberapa kali hadiah setahun kalau berkesempatan tinggalkan komen banyak-banyak dalam blog sihatimerahjambu ni.

Terima kasih semua. Tanpa anda, sunyi sepi blog ni tanpa komen dan singgahan para blogger lain. Sementara ada senarai tu, bolehlah blogwalking ke blog mereka yang rajin komen.

20 comments:

  1. Wah, tahniah kepada yang berjaya. Akak lambat kenal blog Fizah ni. Semoga rezeki Fizah bertambah murah dan bertambah-tambah lepas ni. Great pleasure bagi akak untuk kenal Fizah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..saya pun lambat mengenali akak. bertemu masa blogwalking. Semoga murah juga rezeki akak yang rajin singgah sini. Aaminn..
      nice to know you too kak Nur :)

      Delete
  2. Yeayyy alhamdulillah! Nanti esok akak email fiza ok!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah masuk. Sebenarnya apabila klik srnarai 10 pengomen itu tidak keluar pula.
    Ok nanti saya emel. Ingatkan sampai hujung tahun. Hehe nasib baik tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah sekali kak. Dia lambat sikit kak. Ambil masa nak loading. Okay dah dapat email akak. Terima kasih :)

      Delete
  4. Tak sangka pula Kak masuk Top 10 sebab macam mula berkenalan dengan Fiza baru beberapa bulan. Seronok dapat berkenalan dengan Fiza dan content blog Fiza sangat menarik banyak info Kak dapat.
    Internet kat Kampung ni slow tak dapat nak tengok yang top 10 tu sebab loading lambat. Jadi tak sangka pula top 10.
    Tahniah kepada bloggers lain dalam senarai.
    Benar kata Fiza ada yang mungkin lebih kerap melawat tapi tak meninggalkan jejak.

    ReplyDelete
  5. waaaa, tahniah semua pengomen tegar. Aien ni kejap tenggelam timbul je Haha malas nak berjalan gitu .

    ReplyDelete
  6. Belum sempat blogwalking entry2 terbaru fiza..btw tq fiza atas penghargaan ini. Moga fiza murah rezeki selalu 😊

    Inshaa Allah kalau kes dah okay skit nk jalan2 ke Neg9 heheee 💕

    ReplyDelete
  7. congrats to all!! emm, slow la blogwalking nowadays. kena rajin lagi ni.. caiyok caiyok!

    ReplyDelete
  8. tahniah semua kepala top commentatoR atie nak buat juga ni hahah .. tggu 31 december nanti lol

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada pemenang. Saya komen kalau saya tau nak komen apa. Kalau tak tau, baca jela and enjoy the entry

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat yang menerima hadiah..
    Tak sangka nama kita pun ada dalam senarai.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.