Telefilem Kak Kek Baru Nak Up

Telefilem KAK KEK BARU NAK UP, telefilem komedi lakonan Catriona Ross, Mark Adam dan Yusuf Bahrin yang bakal bersiaran ahad ni 27 Disember 2020 di Astro Ria dan Ria HD pada jam 10 malam.

Juga boleh distrim di Astro GO. Ya, percuma untuk semua pelanggan Astro. Jarang Yusuf Bahrin ni berlakon dalam genre komedi. Menarik, baca sinopsis kak kek baru nak up pun rasa macam menarik untuk ditonton santai hujung minggu.

Telefilem Kak Kek Baru Nak Up
kredit : Astro


TELEFILEM KAK KEK BARU NAK UP

Waktu siaran : Sabtu, 27 Disember 2020 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Astro Ria HD (104) dan Astro Ria
Idea asal : Dian Mayasari Fuzi, Irwan Rauf
Penulis skrip : Azreen Said
Pengarah : Irwan Abdul Rauf
Produksi : U2 Media Sdn Bhd

PELAKON KAK KEK BARU NAK UP

  • Catriona Ros sebagai Kathy @Kak Kek
  • Mark Adam sebagai Danny Seman
  • Yusuf Bahrin sebagai Imran

SINOPSIS KEK KEK BARU NAK UP

Selepas diberhentikan kerja, Kathy (Catriona Ross) pulang ke kampung dan bercita cita untuk menjadi seorang food reviewer dengan menggunakan gelaran dengan nama 'Kak Kek'. 

Video makanannya telah viral disebabkan telatahnya yang menggunakan loghat kelantan dan dengan gaya tudung senget. Karenah Kak Kek menjadi tumpuan ramai.

Danny (Mark Adam) adalah kembar Kak Kek. Danny ni bab masak memasak memang pakar. Bukan pandai masak je, kelakar orangnya. Kadang kadang suka cari gaduh dengan kembarnya, Kak Kek.

Imran (Yusuf Bahrin) pula, merupakan kawan baik Danny yang pernah menjadi juruterbang sebelum diberhentikan kerja. Imran seorang yang sangat nakal. Ada hati pula tu dengan Kak Kek. 

Berjaya kah Imran ni tambat hati Kak Kek?

4 comments:

  1. Drama ringan macam ni, memang syok dilayan di hujung minggu. Akak sempat juga tengok kak Kek punya rancangan. Memang lawak, cara dia review makanan. Dengan tudung dia tu. Kalau kita pakai tudung senget, buruk kot. Dia pakai, comei je. Hehe..

    ReplyDelete
  2. kalau mamat pinoy tu berlakon memang kelakar la drama ni.

    ReplyDelete
  3. ala nak tengokkkk..kat youtube ada tak..hahahahahha!!!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.