Karipap Pusing Frozen Kulit Nipis Rangup, Inti Sedap

Karipap, kuih favourite. Tapi tak pernah lulus nak membuatnya. Inti dah lulus, kulit pula menemui kegagalan setiap kali cuba. Terus give up nak membuat karipap. Apatah lagi nak buat karipap pusing. 

Tak ada kekuatan betul nak membuat karipap ni. Nak beli karipap frozen yang sedap amatlah susah ye kawan-kawan. Ada satu kedai kampung kat Pilah tu jual karipap frozen sedap tapi sekarang tak buat dah. Aduhaii, kempunan karipap sedap. 
[ka.ri.pap] | کاريڤڤ
Definisi : sejenis kuih yang kulitnya dibuat daripada tepung gandum dan intinya daripada ubi kentang dan daging yang bercampur rempah. 
- (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Karipap

Kuih karipap, sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Biasa dihidangkan ketika minum pagi dan juga minum petang bersama minuman kopi atau teh panas.

Bahan utamanya adalah doh dari tepung gandum dan intinya daripada daging dan juga kentang. Selain ubi kentang, keledek juga boleh dijadikan sebagai campuran dalam inti.

Nama karipap dikaitkan dengan nama inti karipap dimana intinya menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Inti karipap sekarang telah dipelbagaikan dan terdapat bermacam macam inti karipap. Tapi yang original juga yang sedap.

Karipap juga dikenali dengan nama epok-epok di Johor dan juga sesetengah negeri yang lain. Karipap in english dipanggil curry puff. Akan tetapi, bentuk curry puff dan pembuatan tak sama. Lipatan di tepi karipap di panggil kelim.

Jenis-Jenis Karipap

Karipap daging

Inti daripada daging lembu dan kentang. Lebih sedap ditambah lada hitam sedikit.

Karipap ayam

Inti karipap daging ayam dan kentang. Ditambah dengan serbuk kari sebagai perasa yang sesuai dengan isi daging ayam.

Karipap ikan (Temosa)

Karipap ikan/temosa : Inti daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasa inti berlemak dan tak pedas. Terdapat di Pantai Timur ( Pahang, Kelantan dan Terengganu)

Karipap sardin

Inti ikan sardin dan ada kalanya karipap sardin dibuat bentuk panjang seperti pastri curry puff.

Karipap pusing

Karipap pusing merujuk kepada kulit karipap yang digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak lapisan yang cantik dan lebih rangup. Lebih mudah dikenali disebabkan lapisan kulit. Intinya daripada kentang atau keledek dengan perasa serbuk kari.

Karipap mini

Mini merujuk kepada saiz yang kecil. Inti di isi dengan serunding ikan. Dijadikan juga sebagai kuih raya.

Mana satu yang menjadi favourite?

Okay, sambung semula cerita intro tadi. Karipap frozen sedap tu tak ada tapi karipap pusing frozen kata kakak kedai tu. Okay, bolehlah. 1 pack karipap RM6 ada 10 pcs dibungkus dalam plastik ziplock. Saiz sederhana je.



Sekali goreng habis terus. Kulit dia nipis dan rangup, inti penuh dan boleh tahan sedap juga. Jarang nak jumpa frozen food yang sedap. Kira lulus lah dari segi rasa ikut selera saya. Boleh lah kalau nak repeat order. 


Nanti mesti yang tanya, beli kat mana karipap pusing frozen? Tu dalam gambar dah siap siap letak maklumat penuh lagi. 

Karipap Pusing Frozen
No. 149, Batu Satu
Jalan Seremban Lama
Kuala Pilah, N9
Ichah : 017-3101186

19 comments:

  1. nampak selepas digoreng tu memang sedap n rangup..

    ReplyDelete
  2. karipap ni inti klu sedap, mmg 5 biji skali makan hehehe

    ReplyDelete
  3. Eza pernah beli karipap frozen yang sedap. Paling sedap setakat Eza pernah rasa. Bila pihak penjara bagi cenderahati masa urusan kerja kat sana. Sedap sangat. Banduan yang buat katanya. Rasa keseluruhan keripap, terbaikkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyampuk juak lok... kmk penah juak order dgn sidak penjara bila ada geng² molah urusan rasmi di sia... nang puas hati ooo... inti dedat jak

      sori fiza... menyampuk pulak kt sini... hari ni blom jumpa karipap lg tu yg nk tgk gambar karipap lg... haha

      Delete
    2. Eza : Susah nak jumpa yang paling sedap tu kan. Syukur ada rezeki merasa karipap frozen sedap.

      Kakmim : Bila kakmim pun cakap sedap, memang sedap lah tu karipap frozen mereka buat. Inti dedat tu padat ye maksud dia?
      Hehe..penggemar karipap ye kakmim?

      Delete
  4. Dulu akak selalu buat karipap. Sekarang dah malas. Karipap biasa je, bukan karipap pusing. Karipap dalam gambar tu nampak sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik kak pandai buat karipap. Bab nak uli doh tu leceh juga. tapi kalau rajin, tak ada leceh pun. Alhamdulillah sedap rasanya karipap ni kak

      Delete
  5. Kat rumah wak pun sentiasa ada simpan epok2 prozen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan wak bila ada frozen kuih muih. Nak makan keluarkan dan gorengkan saje.

      Delete
  6. antara stock makanan frozen wajib ada dalam fridge.
    buat sendiri x jadi.. beli jela hahaha.. simpan senang. time lapar
    blh guring..

    ReplyDelete
  7. karipap pusing mmg fav..mak mmg buat jual so senang la anaknya nk mkn order je dr mak sdiri

    ReplyDelete
  8. nampak ranggup ja.. pelbagai pilihan yang ada kan

    ReplyDelete
  9. nasib ada kwn jual karipap frozen tp inti pulak tak best.

    suka buat sendiri walaupun fail bab kulit. janji inti ada daging dan ubi kentang

    ReplyDelete
  10. karipap pusing frozen ni yang pernah akak makan sokmo tebal gilerr kulit..nasib baik ada jugak lah yang sedap..

    ReplyDelete
  11. Ena membesar dgn kueh ni sbb nenek menjual. So memang kita la tukang kelim tepi tu. Huhu. Tp xpenah buat sbb xminat. Kita minat makan je.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.