Drama Takdir Yang Tertulis Full Episod 1-15(Akhir)

Drama melayu bersiri terbaru TAKDIR YANG TERTULIS yang dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong dan ramai lagi akan bersiaran pada 21 Januari 2020 di Slot Samarinda TV3 menggantikan drama Bougainvillea.

Drama Takdir yang tertulis diarahkan oleh Shahruleza Mohameddin, pengarah hebat yang terkenal. Salah satu drama arahan beliau adalah drama NUR. Saksikan drama takdir yang tertulis full episode di portal WeTV.

Drama Takdir Yang Tertulis Episod 1-15(Akhir)
sumber : TV3

DRAMA TAKDIR YANG TERTULIS

Jumlah episod : 15
Mula Tayangan : 21 Januari 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis skrip : Shahrulezad Mohameddin
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Produksi: Radius One

PELAKON DAN WATAK

  • Nazim Othman sebagai Azlan
  • Nad Zainal sebagai Juweta
  • Elvina Mohamad sebagai Ruhila
  • Alvin Chong sebagai Ean
  • Isaac Iman sebagai Mika
  • Didie Alias sebagai Che Salmah
  • Uchee Fukada sebagai Kak Jo
  • Iman Suhana sebagai Ruzita
  • Muaz Fitri Maslan sebagai Hakim
  • Afidah Bee

SINOPSIS TAKDIR YANG TERTULIS

Kisah yang menceritakan tentang persahabatan Juweta (Nad Zainal), Ruhila (Elvina Mohamad), Azlan (Nazim Othman)dan Ean (Alvin Chong) yang bermula sejak mereka di zaman Universiti lagi.

Tapi kemudian kesetiaan dan kepercayaan dalam perhubungan persahabatan mereka di uji. Azlan yang sukakan Ruhila tapi pada masa yang sama dia tak mengetahui bahawa Ruhila adalah kekasih Ean. Hal itu telah menguggugat Ean.

Azlan berkahwin dengan Juweta dan mempunyai seorang anak bernama Mika. Hubungan Azlan dan Juweta semakin bermasalah. Azlan cuba untuk mengambil hati isterinya tapi berakhir dengan gaduh besar. Mika pula trauma dengan pergaduhan ibu bapanya.

LAGU TEMA (OST) TAKDIR YANG TERTULIS

Karma - Kaka Azraff feat. Jaz Hayat
Kendati - Amylea

Lirik Lagu Karma- Kaka Azraff feat. Jaz Hayat

Sejenak ku melukiskan dirimu
Yang terukir di hatiku
Namun memang benarkah jiwa ini
Untukmu...

Lembaran hari pun kian berganti
Ku masih memikirkanmu
Kau membuat semuanya sempurna
Tapi kenyataannya...

Kamu dan cinta tak seindah
Pintalan rinduhatiku
Bagaikan karma yang menjawab semua

Kamu dan aku tak menyatu
Terhempas jauh kasihku
Mungkinkah takdir memisahkan kita
Berdua...

Mengenang mekarnya cinta yang dulu...
Dikaburi kemanisan

Cinta yang kini berubah
Kau memang pantas rasakan...

Kamu dan cinta tak seindah
Pintalan rinduhatiku
Bagaikan karma yang menjawab semua

Kamu dan cinta tak seindah
Pintalan rinduhatiku
Bagaikan karma yang menjawab semua

Kamu dan aku tak menyatu
Terhempas jauh kasihku
Mungkinkah takdir memisahkan kita
Berdua...

Lirik Lagu Kendati- Amylea

Detik yang mana ingin kau padam
Hati yang mana ingin kau simpan
Adakah aku
Adakah dia

Saat yang mana ingin kau hapus
Dari hatimu tentang diriku
Kerana kau tahu kita selamanya

Pasti turut kau merasakan
Jalan kita penuh tanda tanya
Namun apa pun jika denganmu
Terlalu melengkapi

Berat rasa yang menyerah
Kerna aku adalah dirimu
Dan hanya aku yang percaya cinta ini

Mau saja ku bohong hati
Mana mungkin cinta mudah gugur
Kerana hati ku selalu denganmu
Menempuh semua kendati apa pun

Pasti turut kau merasakan
Jalan kita penuh tanda tanya
Namun apa pun jika denganmu
Terlalu melengkapi

Berat rasa yang menyerah
Kerna aku adalah dirimu
Dan hanya aku yang percaya cinta ini

Yang percaya
Ku percaya kendati apa pun

kredit lirik : cariliriklagupercuma

12 comments:

  1. terus google lagu karma.... best la lagu tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum dengar lagi sebab lagu baru belum release lagi rasanya.

      Delete
  2. kakmim suka lakonan nad zainal... x sabar nk tgk

    ReplyDelete
  3. suka tengok Nad Zainal berlakon..
    antara yang bagus laaa dia belakon..

    ReplyDelete
  4. dah lama tak tengok nad berlakon..nampak semakin jelita sebab da berusia..

    ReplyDelete
  5. Kalau drama pukul 10 malam, tv yang tengok akak. Bukan akak tengok tv. Hehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.