Drama 'POTONG' bergenre komedi lakonan Hazama dan Kaza Saisi bakal disiarkan pada 29 Disember 2020 di Astro Warna. Drama komedi potong akan bersiaran setiap hari selasa, jam 9:00 malam.
Tengok nama barisan pelakon pun dah tahu drama komedi. Hazama kalau dah bergabung dengan pelakon otai Kaza Saisi, tak pernah tak kelakar. Selain tu, ramai lagi pelakon hebat memeriahkan drama potong ni.
Drama Potong diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli dan diterbitkan oleh World Evolution Brain. Boleh layan drama komedi ni nanti.
![]() |
kredit : to respective owner |
Drama : POTONG
Jumlah episod : 15
Mula tayangan : 29 Disember 2020
Waktu siaran : Selasa, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Warna & Warna HD
Penulis skrip : MF Kencana
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Produksi : World Evolution Brain.
TONTON ONLINE DRAMA POTONG
Potong Episod 5
Potong Episod 6
Potong Episod 7
Potong Episod 8
Potong Episod 9
Potong Episod 10
Potong Episod 11
Potong Episod 12
Potong Episod 13
Potong Episod 14
Potong Episod 15
PELAKON DRAMA POTONG
Hazama sebagai Midun
Kazar Saisi sebagai Mustapa
Lan Siro sebagai Jeman
Syazlin Zainal sebagai Dr. Nur
Wafariena Roslan sebagai Lia
Dalimawati sebagai mak Midun
Rosyam Nor
Syaffiq Tatam
Jurey Rosli
Black Hanifah
Along Eyzendy
Neera Azizi
Daler Yusuf
Kamarool Hj Yusoff
Erul Samah
Hamdan Senario
SINOPSIS DRAMA POTONG
Sinopsis Potong Episod 1
Midun balik kampung di Lenggong. Abah Midun sakit, teringin nak makan Chicken Chop. Sebelum meninggal, abah Midun sempat menyampaikan amanat pada Midun supaya mewarisi pekerjaan tradisi keluarga mereka sebagai tok mudim.
Midun terima dengan hati terbuka dan bekerjasama dengan Mustapa. Ada seorang orang kampung bernama Jeman Sado yang suka buat jahat, paw duit orang kampung, mencuri tabung masjid. Microfon masjid pun dia kebas! Sesuatu telah berlaku pada Jeman Sado dan terbongkarlah satu rahsia.
Kantoi! Jeman sado tak sunat lagi. Dr. Nur pula buka klinik baru di Pekan dan ada perkhidmatan berkhatan. Ini membuatkan Midun tak senang duduk, risau akan kehilangan pelanggannya.
Sinopsis Potong Episod 2
Midun dan Mustapa berusaha untuk menyunatkan sorang budak yang nakal tak nak bersunat. Bermacam alasan diberikan. Kali pertama sunat, gagal. Tak pasal-pasal midun kena tendang, mustapa pulak tak sengaja terkena tendangan kaki Midun.
Tak tahu nak gelak ke nak kesian. Percubaan kali kedua untuk disunatkan. Kali ni Midun diludah pula. Lalu merajuk dan pulang ke rumah. Bermacam dugaan menyunatkan budak nakal yang sorang ni.
LAGU TEMA DRAMA POTONG (OST)
Adinda - Hazama
Lirik Lagu Adinda- Hazama
Kata orang kalau bercinta
Janganlah sampai buta
Baiklah berpada
Jahat jangan dicuba
Manis pahit masam masin
Begitu kehidupannya
Kata-kata bagai pujangga
Membuahkan ilusi
Redup pandang mata
Penuh berteka teki
Tanam tebu pinggir bibir
Siapa yang tergelincir
Dinda...
Cintaku bukan hanya
mainan
Dinda...
Rinduku bukan hanya
hasutan
Inginku cuba untuk katakan
Yang aku cinta padanya
Tapi sayang dia bukan milik aku
Jika ditelan mati mama
Diluah mati papa
Bercakap pun salah
Tak cakap pun bersalah
Biarlah ku mengalah
Dari kita mengundang parah
Hari hari mengejar ungu
Mata jadi kelabu
Hingga akhir waktu
Terlupa tujuan mu
hidup hanya sekali
Jangan bikin benda rugi
Dinda...
Cintaku bukan hanya
mainan
Dinda...
Rinduku bukan hanya
hasutan
Inginku cuba untuk katakan
Yang aku cinta padanya
Tapi sayang dia bukan milik aku
Andai kau tahu perasaanku
Punya ruang dalam perhatianmu
Pasti kau takkan
Menafikan cinta yang
menafikan cinta yang terbaik untukmu
Dinda...
Cintaku bukan hanya
mainan
Dinda...
Rinduku bukan hanya
hasutan
Inginku cuba untuk katakan
Yang aku cinta padanya
Tapi sayang dia bukan milik aku
Tapi sayang dinda
kau bukan milik aku
mesti best sebab ada kaza hehe
ReplyDeleteBetul, setuju! Dia berlakon cerita tu jadi best :)
Deletesaya suka hazama...sejak dalam AF lagi..hihihi
ReplyDeleteSuara sedap,pandai berlakon pulak tu sekarang. Melawak pun menjadi. Serba boleh dia.
DeleteKalau ada Hazama, mesti ada unsur kelako ceritanya.. i like... hehe
ReplyDeletewow!!!! another promissing cast ni
ReplyDeleteGandingan yang menarik..
ReplyDeleteDrama baru lg :)
ReplyDelete