Drama KL Gangster Underworld 2

Satu lagi drama aksi bertajuk KL Gangster Underworld 2 akan ditayangkan secara penstriman video, WeTV pada 10 Disember 2020. Sequal KL Gangster Underworld Musim Pertama sebelum ini.

Drama aksi ni dibawah arahan Kroll Azry bersama Faizal Ishak dibawah terbitan Skop Productions Sdn Bhd. Drama KL Gangster Underworld boleh di tonton di website wetv.vip ataupun melalui aplikasi WeTV.
 
Drama KL Gangster Underworld 2
sumber : WeTV

DRAMA KL GANGSTER UNDERWORLD 2

Mula Tayangan : 10 Disember 2020
Pengarah : Kroll Azry & Faizal Ishak
Produksi : Skop Productions Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Beto Kusyairy sebagai Shah
  • Zahiril Adzim sebagai Adi
  • Nam Ron sebagai Mat Nor
  • Azhan Rani sebagai Tauke
  • Ezzaty Abdullah sebagai Elina
  • Nabila Huda sebagai Shameen
  • Amerul Affendi sebagai Belut
  • Dynas Mokhtar sebagai Madam Wong
  • Daniella Sya sebagai Sherrina
  • Jasmin Suraya sebagai Mimi
  • Amir Nafis sebagai Bad
  • Jasmine Kaar sebagai Suri
  • Hasnul Rahmat sebagai Zan
  • Azri Sabri ssebgai Lan
  • Keith Foo sebagai Tony M
  • Aloy Paradoks sebagai Wanchai
  • Sharifah Sakinah
  • Sabrina Ali
  • Cassidy La Creme

SINOPSIS KL GANGSTER UNDERWORLD

Setelah setahun kematian Ayah Zan, Shah kini mengetuai kumpulan gangster Kampung Baru. Madam Wong iaitu ketua geng Bangsar merasakan ada sesuatu yang buruk akan tiba di KL.

Tidak lama kemudian selepas itu, Kuala Lumpur dikejutkan dengan siri pengeboman. Hasil daripada siasatan Shameen, pengeboman itu berkait rapat dengan dalang yang mahu memusnahkan geng KL Underworld.

Elina pula mahu meninggalkan KL kerana bimbang akan keselamatan anak perempuannya tetapi Shah menyekat dan berjanji akan melindungi mereka. Shah dan sekutunya menghadapi ancaman yang semakin besar dari luar.

Apakah akan jadi seterusnya?

9 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.