Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Episod 1-13(Akhir)

Hello Jangan Tapau Cintaku bakal bersiaran menggantikan  drama Ayahanda di slot Lestary TV3. Drama hello jangan tapau cintaku episod 1 akan bermula pada 4 Ogos 2021, bersiaran pada jam 9:00 malam Rabu-Jumaat.

Drama hello jangan tapau cintaku merupakan adaptasi novel  Hello Cintaku dari penulis Hasreeyati Ramli. Nantikan hello jangan tapau cintaku full episode lakonan Nafiz Muaz Elisya Sandha, Syerinie Myra dan Eyka Farhana di Slot lestary TV3.

Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Episod 1-13(Akhir)

DRAMA HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

Jumlah Episod : 13
Mula Tayangan : 4 Ogos 2021
Waktu Tayangan : Rabu-Jumaat, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis Skrip : Norazwanizan Awang
Penulis Novel : Hasreeyati Ramli
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penerbit: Mache All Star United

SINOPSIS HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Ain Dheya, yang datang bekerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia amat penjimat orangnya dan sifa yang paling tidak dapat dikikis ialah sifat tapau.

Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, sukat menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.

Kisah mereka bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda. Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut.

Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya satu rumah itu. Berputikkah cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?

PELAKON DAN WATAK

  • Nafiz Muaz sebagai Ash Fayyad
  • Elisya Sandha sebagai Ain Dheya
  • Syerinie Myra sebagai Alia
  • Eyka Farhana sebagai Ann Dayana
  • Lisdawati sebagai Mak Jah
  • Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi
  • Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah
  • Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
  • Sefik Khair sebagai Hakim
  • Cahaya Nilam sebagai Masniza
  • Mak Wan sebagai Mak Ros
  • Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren
  • Mieza Edora sebagai Aira
  • Natasha Hamzah sebagai Kak Ida
  • Ikhwan Khairudin sebagai Riz
  • Raden Zaharatul

8 comments:

  1. kak pip jalan2 singgah sini.
    thanks tegur template blog kak pip hari tu hilang newest and older button.
    now dah install template baru.
    template lama tu bermasalah sejak kak pip tambah coding adsense.

    ReplyDelete
  2. lepas ni habis tgk elisya jd ain dheya kita tgk dia bertukar jd farah pulak.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Allahh tak dan nk follow fiza..cepat betul..lagi2 dah bekerja nih sakan tgai slot hahhaaa ^_^

    ReplyDelete
  4. Bahaya ni kalau semua nak ditapau... ahaks!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.