Drama Bougainvillea Episod 1-15(Akhir) Lakonan Beto Kusyairy dan Intan Ladyana

Drama bersiri BOUGAINVILLEA akan bersiaran menggantikan Drama Misteri Mona. Drama Lakonan Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish akan ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada 28 Disember 2020.

Drama Bougainvillea 15 episod ni diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Drama bergenre konflik keluarga dan juga thriller.

Drama Bougainvillea Episod 1-15(Akhir) Lakonan Beto Kusyairy dan Intan Ladyana

DRAMA BOUGAINVILLEA

Jumlah Episod : 15
Mula Tayangan : 28 Disember 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis Skrip : Raja Azidah Raja Jaafar dan Lynnda Sharudin
Pengarah : Ayie Mustafa
Penerbit : Sha's Media Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Beto Kusyairy sebagai Adrian
  • Intan Ladyana sebagai Aryanna
  • Nora Danish sebagai Mimie
  • Hanna Aqeela sebagai Hazira
  • Kirana Batrisyia sebagai Alisha
  • Mior Darwish sebagai Azief
  • Ameerul Asyraf sebagai Ali
  • Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
  • Jasper Supayah sebagai Ilyana
  • Wan Nor Azlin

SINOPSIS BOUGAINVILLEA

Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji ketika Aryanna mengalami kemalangan tragis dan koma. Setelah Aryanna sedar, Adrian suami Aryanna kemudian mengupah Mimie. Mimie seorang jururawat peribadi ditugaskan untuk menjaga Aryanna di rumah. 

Segalanya berubah apabila Mimie mula menyimpan perasaan pada Adrian dan berjanji untuk menjadikan Adrian sebagai miliknya. Mereka berdua telah ditangkap dan terpaksa berkahwin. 

Akan tetapi Adrian masih sangat mencintai Aryanna sehingga Mimie berusaha mencari jalan untuk menyingkirkannya. Suatu hari, Aryanna terbangun dari koma tetapi berpura-pura kehilangan ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang obsesif.

Lagu Tema OST Bougainvillea 

Lagu : Boneka
Penyanyi : Ernie Zakrie

Lirik Lagu Bukan Boneka-Ernie Zakrie

Aku bukan mainan
'Tuk kau permainkan
Sesuka hatimu sahaja
Aku bukan wanita
Yang mudah kau cela
Yang mudah kau dera jiwa
Biarkan tertutup
Pintu kamu yang telah rapuh
Bukalah matamu
Takkan mekar bunga yang layu
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau mahukan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup tak perlu kau terus membunuhku
Aku takkan mengalah
Dihempas godaan
Dihembus bisikan halusmu
Aku takkan berdiam
Membiar kau rasuk
Membiar kau ragut mimpiku
Biarkan tertutup
Pintu kamu yang telah rapuh
Bukalah matamu
Takkan mekar bunga yang layu
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau mahukan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup tak perlu kau terus membunuhku
Takkan aku terikat
Dengan jari jemarimu
Meracunkan cinta
Takkan aku lepaskan
Jiwaku yang selamanya
Mengharapkan cinta sempurna
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau mahukan (engkau mahukan)
Sesungguhnya aku tak sanggup (tak sanggup)
Sudah cukup (sudah cukup)
Tak perlu kau terus membunuhku

12 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.