Combo Box Cakes Red Velvet, Carrot & Brownies Salted Caramel Murah dan Sedap

Dah lama tak makan kek, nak tunggu birthday lambat lagi bulan Februari nanti. Teringin pula makan kek tiba-tiba. Nak buat sendiri, bahan-bahan tak ada pula kat rumah. Ermm..order je lah. Nak guna foodpanda tak ada yang berkenan.

Selepas seisi survey kat fanpage sekitar taman. Jumpalah promo combo cake box cakes. Disebabkan delivery dah lepas, husband pun keluar lah dengan harapan adalah kek yang isteri dia ni nak. Tapi sampai sana stok tak ada.

Terpaksalah pilih combo box cakes yang lain. Saya pilih Combo cakes red velvet, carrot dan brownies salted karamel. Trend sekarang orang jual combo box cakes. Ada macam macam pilihan kek.

Untung juga beli combo box cakes ni boleh rasa3 jenis kek sekali. Cuba teka berapa harga combo box cakes ni?

Combo Box Cakes - Red Velvet, Carrot & Brownies Salted Caramel

Combo Box Cakes Murah

Agak tak percaya bila tertulis RM30 untuk 1 kotak kek red velvet, carrot dan brownies salted karamel ni. Biasa nampak orang jual RM40 ke atas, kan?

Combo Box Cakes - Red Velvet, Carrot & Brownies Salted Caramel

Sedap ke?

Dari segi rasa ketiga tiga kek ni paling sedap brownies salted karamel lah. Cukup rasa coklat dan kemanisan tu sedang sedang je.  Red velvet sangat moist dan cream cheese pun manis yang sedang sedang je. Just nice lah rasa dia. 

Buat pertama kalinya rasa kek carrot. Sedap rupanya ye kek carrot ni. Tak tahu nak describe rasa dia macam mana tapi sedaplah. Boleh diterima. Juga manis yang sedang sedang je.

Pendek kata, semua kek ni sedaplah. Walaupun size satu potongan tu lebih kurang 1 inci lebih, masih lagi di kira berbaloi dengan harga dan rasa tu. Pembuatan pun kemas je. Baguslah berniaga macam ni, buat elok elok rasa sedap bagi orang makan.

Combo Box Cakes - Red Velvet, Carrot & Brownies Salted Caramel

Berminat nak cuba rasa, bolehlah tanya tanya kat EZ Meal Box Pastri : https://www.facebook.com/ezmealbox.pastri

Entry ni bukan entry berbayar, dengan cara sharing sebegini dapat membantu perniagaan mereka. Semoga bisnes terus maju.

14 comments:

  1. Tengah lapar tengok pulak nih! huhuhu bertambah lapar jadinya

    ReplyDelete
  2. pesen skarng kan jual combo2 sbb blh letak mcm2 perisa..
    cantik nampak kemas kek2nya.. rasa pun sedap kira okla..

    ReplyDelete
  3. CP suka beli kek combo macam ni. Dapat rasa banyak jenis kek :)
    Kek2 tu nampak tempting.

    ReplyDelete
  4. bila ada set combo camni best sbb bole rasa 3 jenis kek tu

    ReplyDelete
  5. alamakk..kurang pahala puasa sy tengok hahahaha
    harga sampai seratus ka? ke around 78 mcm tu hehe

    ReplyDelete
  6. Murah. Memang persembahan pun menggamit hendak mencuba.
    Ok kalau hendak merasa setiap jenis. Mungkin lepas itu boleh pilih kek mana suka.

    ReplyDelete
  7. Untung kalau ada pakej combo macam ni..boleh rasa banyak jenis. Memang kemas betul kerjanya..

    ReplyDelete
  8. harap berniaga dgn ikhlas dan dpt rezeki lebih buat owner kek ni..
    tgk di sebelah sis pun nampak kek ni lembut tak keras.

    Kalau manis sgt memang nina pun tak makan.

    ReplyDelete
  9. uish sedapnya. tiba2 mengidam kek ni..hahaha

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-indonesia-assalamualaikum-calon.html

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap, Fizah. Bagus dia niaga macam tu. Boleh try 3 kek sekali. :)

    ReplyDelete
  11. Nasib baik saya bukan jenis sweet tooth kalau tak mesti craving. Harga murah tu, susah nak dapat. Rasa pun sedap ye. Moga murah rezeki penjual kek ni

    ReplyDelete
  12. Waaahhh cake nya sedapnyaaaa.

    Lihat gambarnya saja sudah bikin ngiler, apalagi dicicipin :)

    Saya dan anak-anak paling suka cake brownies, dan sering sekali bikin brownies, biasanya dicampur dengan pisang :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.