JOVI Dhea Keyring & Tote Bag Dari Blogger Anak Omak

Satu lagi entry hadiah tertangguh yang saya dapat bulan lepas dari blogger Anak Omak. Siapa yang tak kenal dengan blogger anak omak kan. Kak Ret kottt...

Bukan sekali, bukan dua kali mahupun tiga kali. Dah banyak kali dapat hadiah dari Kak Ret.

Inilah buktinya!

Kali ni dengan tak sangkanya dapat hadiah special lagi. Hadiah ni saya dapat sempena terpilih salah seorang top komentator blog Anak Omak bulan April 2022. Rezeki tengah rajin tinggalkan komen. Sekarang masa cemburu betul dengan saya. Tak bagi peluang nak tinggalkan sepatah dua kata.

Takpe, lepas ni saya balas dendam okay. Sejak 2-3 bulan ni dah terkeluar carta pengomen tegar dah. Bagi peluang pada diri sendiri berehat seketika.

Buka je parcel, WOW! Apeni apeni? Macam menarik je. Excited tau nak buka gift box yang luxury macam ni. Dahlah gift box cantik, warna mengancam. Siap kad lagi tu.

JOVI DHEA Keyring Gift Box

Dibungkus dalam kotak keras dengan warna riben yang menarik. Sesuai sangat bagi gift pada seseorang. Pandai Kak Ret pilih hadiah menawan hati saya. Ini yang sayang lebih ni. hehe...

JOVI DHEA Keyring Gift Box

Dalam kotak hadiah dibalut dengan kain baldu merah. Lagi berdebar debar nak buka tak sabar nak tahu apakah???

JOVI DHEA Keyring Gift Box

Tadaa! Inilah dia hadiah yang tersorok dalam kotak tu. JOVI Dhea Keyring. Warna pink, warna idaman kalbu dan tertulis nama disitu. Suka suka suka! Exclusive dan luxury sangat ni Kak Ret. Bukan setakat suka dengan warna pink tu. Glittering tu nampak glamour teruk. 

Sayang pula nak guna benda cantik cantik macam ni. Simpan buat kenangan je aci tak?

JOVI DHEA Keyring Pink Gift Box

Yang menariknya, saya baca ni website JOVI yang Dhea Keyring ni menggunakan glittery leather yang istimewa untuk menyerlahkan lagi aesthetic design tu. Diperbuat 100% daripada kulit lembu asli. Bahagian metal boleh custom dengan ukiran nama.

Bukan itu sahaja ye kawan-kawan. Saya dapat juga tote bag Melaka. Wahhh..Sekali dapat 2 hadiah terus tapi parcel asing-asing. Kak Ret kata dah niat nak bagi dua hadiah. Alhamdulillah..rezeki dapat hadiah lebih.

Tote Bag Melaka

Terima kasih Kak Ret, jalan-jalan Melaka ingat lagi nak beli hadiah untuk rakan blogger. Berjuta juta Terima kasih untuk Kak Ret berkongsi rezeki dengan kami seorang blogger. Kalau dah rezeki kita, tetaplah rezeki kita. Memang tak pernah salah alamat. 

Cuma 2 3 bulan ni mood merundum kejap. Pause! atas banyak faktor. Banyak urusan family. Kotak komen kemain cemburu lagi kalau kita komen banyak-banyak. Sikit sikit nak bagi kita problem tak boleh nak komen lebih-lebih. Sabar je lah!

Untuk Kak Ret,

Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia. Aamiin..

Jom singgah blog Anak Omak : anakomak6.blogspot.com. Lama tak baca kisah Uyum. Terhibur tau baca kisah Uyum dalam blog Kak Ret. Dalam blog Kak Ret banyak kisah jalan-jalan, makan-makan. Kadang boleh terpengaruh. Jaga-jaga..

Doa murah rezeki yang melimpah ruah, perkongsian Neelofa

Ya Allah yang Maha Pemurah,
Maha Perancang,
berikanlah aku rezeki seluas langitMu,
rezeki yang berkat,
rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam Mu,
rezeki yang bertebar ke seluruh dunia seperti bertebarnya air Zam-Zam Mu,
rezeki yang membawa kebaikan,
yang membawa aku ke syurgaMu,
rezeki yang tidak disangka-sangka,
rezeki yang menjangkau akal-fikiran,
rezeki yang membantu aku untuk berdakwah,
rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat, guru-guru, dan semua yang mengenali aku ke syurga.
Aamiin...

18 comments:

  1. Itulah Fiza senyap sahaja. Apapun harap-harap segala urusan selesai.
    Tahniah. Itulah Cik Ako sangat pemurah. Tidak terkira hadiah dapat. Mampu doa semoga Cik Ako murah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lately macam-macam hal.
      Terima kak.
      Kita doakan yang baik baik satu hadiah juga :)

      Delete
  2. alhamdulilah.... tahniah Fizah... tu la itupun terlewat gak pos hadiah... pape pun tq sebab slalu dtg singgah blog kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sekali lagi Kak Ret. Its okay, faham faham :)
      Terima kasih jugak selalu singgah sini.

      Delete
  3. cantikkk dua2 hadiah...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Patut la Fiza senyap aje..takpe settlekan apa yang penting dulu..nanti balas dendam erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu, banyak urusan lepas tu kesana kesini. Jadi penat otak penat badan gitu. Pasni come back :)

      Delete
  5. Tahniah Fiza!
    Cantik-cantik hadiahnya. Moga bertambah rezeki si pemberi itu :)

    ReplyDelete
  6. beruntungnya selalu dapat hadoah, tapi fizah mmg baik dan selalu drop komen, salute you .. un yang jrg singgah atas kesuntukkan masa. u deserve it.. tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki..
      Terima kasih banyak²..ada masa bolehlah rancak berjalan blog ke blog. Kadang dah sibuk tak sempat nak singgah. Terima kasih jugak rajin singgah sini :)

      Delete
  7. Cantik behtol pink siap glitterrr! Tahniahhhhh!!!
    Simpan je kalo sayang.. haaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..warna favourite kita tu nona..Haa tu lah, simpan dulu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.