Buah berangan
Buah berangan in english chestnut. Asal buah berangan (pokok buah berangan) daripada keluarga Fagaceae iaitu daripada kumpulan pokok oaks. Terdapat di kawasan yang beriklim sederhana di Hemisfera Utara.
Buah berangan sebenarnya ada kulit luarnya seperti kulit buah rambutan.
Cara masak buah berangan
Ada pelbagai cara masak buah berangan iaitu dengan cara merebus, menggoreng tanpa minyak (sangai) dan juga memaggang. Kebiasaannya saya nampak orang jual buah berangan menggunakan cara goreng buah berangan dengan menggunakan pasir panas dan kena sentiasa mengacau.
Tempoh masak lebih kurang 45 minit. Sebab pernah tanya penjual buah berangan tu berapa lama nak masak. Beginilah rupa isi buah berangan yang telah dibelah.
Cara makan buah berangan
Pecahkan kulit keras luar tu terlebih dahulu. Kulit buah berangan ni keras, saya akan gunakan anak lesung untuk pecahkan sedikit kemudian gunakan tangan untuk mengupas kulitnya.
Isi buah berangan padat. Rasanya cukup sedap berlemak kacang. Rasa satu mesti tak cukup. Ralit makan tapi bab mengupas kulit tu yang malas tu.
Setiap kali balik kampung, kalau nampak pakcik ni buka kedai mesti singgah beli untuk abah dan mak. Mak pun suka juga makan buah berangan. Sesekali dapat makan, bukan selalu. Sesiapa mencari buah berangan bolehlah hubungi nombor di bawah.
Setiap kali balik kampung, kalau nampak pakcik ni buka kedai mesti singgah beli untuk abah dan mak. Mak pun suka juga makan buah berangan. Sesekali dapat makan, bukan selalu. Sesiapa mencari buah berangan bolehlah hubungi nombor di bawah.
Harga buah berangan (yang dah siap masak)
1 kilogram : RM401/2 kilogram : RM20
250 gram : RM10
Khasiat buah berangan
- Memiliki nutrisi berkhasiat
- Kaya dengan antioksidan
- Bagus untuk kesihatan jantung
- Baik untuk penghadaman
- Mengawal gula dalam darah
- Bersifat anti radang
- Mengurangkan berat badan
- Baik untuk kesihatan mata
Dan banyak lagi khasiatnya.
Akak pun suka makan...selalu beli kat Kuala Pilah yang area nak ke bahau tu...
ReplyDeleteOhh..pernah nampak orang jual kat tepi jalan tu. Tapi tak pernah lagi beli kat situ. Beli masa nak balik kampung kat pasir besar ni je.
Deletememang susah nak jumpa. kalau ada pun penjual non muslim. kita lagi selesa kalau penjual Muslim kan. teringat drama 'Patah Seribu' yang Sharnaaz jadi penjual buah berangan tu.
ReplyDeleteTak pernah nampak pulak non muslim juah buah berangan Sal. Biasa nampak orang melayu juual. Betul, mesti cari yang melayu jual. kalau tidak memang tak beli lah. Tak perasan pulak drama tu. ke tak pernah tengok. hehehe..
Deleteammi suka buah berangan ni..
ReplyDeleteteringat arwah abah mertua rajin kirim buah ni kalau ammi kata nak gi AEON..
Saya pun suka. Orang orang dulu suka makan dan senang dapat. Ohh ada ye kat AEON. Tak perasan pulak.
DeleteLawanya gambar! Terus macam teringat eh lama dah tak beli buah berangan. Feveret ni.
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deletesesekali dapat tu syok makan. Favourite saya jugak :)
Sedap.. Sha beli yang dah siap kopek.. hehehe.. Lama pula tak makan Buah berangan nie.. Nak kena beli nie..
ReplyDeleteOhh ada jugak ye dah dikupas kulitnya. Lagi mudah nak makan macam tu. Sedap sesekali dapat makan
Deleteteringat bff zaman uni suka sgt buah berangan ni... x pandai mkn ni tp baunya sedap
ReplyDeleteRamai peminat buah berangan rupanya kan. Baunya lepas masak tu sedap. Dapat makan yang suam suam panas tu sedap.
DeleteJarang muncul buah ni. Tak ramai yang jual. Mungkin kurang permintaan.
ReplyDeleteMungkin susah nak dapat dan tak ramai yang jual. Buah ni zaman mak ayah kita banyak lah kot.
Deletemkn sedap..nak kopek tu kemain susah..hihi
ReplyDeleteSebab sedap, sanggup bersusah payah kopek kulitnya. hehehe...
Deletedulu selalu jugak nampak orang menjual sekarang memang dah tak banyak
ReplyDeleteDah susah nak cari orang jual buah berangan kan. Dah tahu mana tempatnya senang nak membeli.
DeleteMemang susah hendak jumpa buah berangan ini. Ramai yang tidak menjual.
ReplyDeleteWah RM40 sekg.
Betul, susah nak jumpa orang jual buah berangan. Mungkin buahnya semakin pupus jugak kot. Ye, sekarang dah mahal harganya kak.
DeleteSangat sedap ni.. Kadang kalau teringin sangat nak makan beli kat 7e yang dalam pek tu je..
ReplyDeleteMemang sedap dapat makan yang panas baru lepas masak tu. Lembut dan berlemak gitu. Eh, ada ye kat 7e dalam pek. Nanti nak tengok²lah kot ada. Tak perasan pulak.
Delete