Telefilem Mahram

Telefilem Mahram, telefilem ulang siar lakonan Izreen Azminda, Ashraf Muslim, Fauzi Nawawi, Tania Hudson, Lisdawati dan ramai lagi bersiaran pada hari Isnin, 4 Julai 2022, jam 8.30 malam di slot Kuasa 3 Malam di TV9. 

telefilem mahram

TELEFILEM MAHRAM

Siaran TV : Slot Kuasa 3 Malam TV9
Waktu siaran : Isnin,  4 Julai 2022, jam 8.30 Malam
Penulis Skrip : Shahremy Ikmal
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Sha’s Media Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Izreen Azminda sebagai Saleha
  • Ashraf Muslim sebagai Ashraf
  • Fauzi Nawawi sebagai Zamarul
  • Tania Hudson sebagai Amyra
  • Lisdawati
  • adik Kirana Batrisya

SINOPSIS TELEFILEM MAHRAM

Mengisahkan tentang Saleha (Izreen Azminda) yang teringin benar untuk untuk menunaikan umrah atau haji di Mekah. Saleha merupakan anak yatim piatu, dia hanya mempunyai Zamarul (Fauzi Nawawi) saja yang merupakan suaminya dan juga mahramnya. Saleha menyimpan duit sedikit demi sedikit untuk pergi ke tanah suci itu.

Zamarul enggan untuk pergi menunaikan umrah itu walau sudah beberapa kali diajak Saleha. Tanpa Zamarul, Saleha tidak dapat pergi ke tanah suci memandangkan Zamarul merupakan mahramnya.

Keadaan bertambah buruk apabila Zamarul telah berjumpa semula dengan bekas kekasihnya yang bernama Amyra, malah Amyra juga merupakan boss di tempat kerja Zamarul itu.

Mereka berdua kemudiannya menjalinkan hubungan cinta tanpa pengetahuan Saleha, Amyra juga tidak mengetahui yang Zamarul sudah mempunyai isteri. Setelah Saleha mendapat tahu tentang hubungan cinta suaminya itu, Saleha berjumpa dengan Amyra dan meminta Amyra supaya tidak menggangu suaminya lagi.

Malangnya, Zamarul dan Amyra tidak dapat dipisahkan lagi dan menyebabkan Zamarul dan Saleha akhirnya bercerai.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.