Header Ads


Sempat Juga Pergi The Big Bad Wolf 2022 Di Lotus's Seremban 2 Hari Terakhir

Cerita dah basi tapi tetap nak cerita juga lah untuk simpan kenangan dalam blog. 2-12 Jun 2022 yang lepas ada The Big Bad Wolf di Lotus's Seremban 2. Konon nak pergi masa awal-awal dibuka. Tapi asyik bertangguh sampailah hari terakhir tu.

Hari terakhir tu pun kami pergi beberapa jam lagi nak tutup. Dengan harapan tak ramai orang sebab malas bersesak. Ye, memang betul tak ada orang sangat pun. Mungkin ramai dah pergi masa awal-awal hari tu kot.

Lepas parkir kereta, terus masuk dalam Lotus's. Cari punya cari, rupanya The Big Bad Wolf ni dekat parkir kereta indoor. Lahhh...puas mencari rupanya kat situ. Tak ada pula banner kat pintu masuk depan. Ke kami yang tak perasan? Tapi ada juga family depan kami tercari cari juga.

Akhirnya jumpa banner ni di pintu masuk belakang, pintu ke parkir kereta. Tengok banner macam menarik ada box sale dan exclusive 5% discount untuk Lotus's customers.

The Big Bad Wolf 2022

Memandangkan encik suami parkir depan, saya disuruh masuk dulu tengok tengok buku sementara dia alihkan kereta parkir dekat parkir indoor tu dekat sikit. Saya pun masukkan sorang-sorang dulu. Disebabkan terlalu banyak buku, jadi pening pula nak mulakan dari mana.

Setiap bahagian dah dilabelkan. Jadi mudahlah kerja nak mencari jenis buku. Tapi ada juga yang bercampur. Sebenarnya saya pun tak tahu nak mencari buku apa. Datang cuma nak tengok-tengok je. Kalau ada yang berkenan bolehlah beli.

The Big Bad Wolf 2022

Buku memang banyak. Ambil masa juga kalau nak memilih buku yang elok dan berbaloi dengan harga. Harga ada yang murah dan mahal. Tapi banyak buku yang tak setaraf harganya. 

Ada buku yang banyak rosak. Ada yang melekat-lekat, terkena air, ada stain dan bermacam macam jenis kerosakan yang ada. Kena pandai pilihlah cerita dia.

The Big Bad Wolf 2022


Buku-buku yang elok dan masih baru pun ada. Harga lebih kurang kedai buku biasa. Sudahnya kami pulang dengan tangan kosong je. Tak ada apa yang menarik minat kami yang suam suam kuku pencinta buku.

Kami jamu mata dengan buku-buku dan ada juga big bad wolf merchandise. Cantik badge BBW finishing matte ni. Tapi kami tengok je lah. Tak beli juga.

The Big Bad Wolf 2022

Excited sebenarnya nak pergi Big Bad Wolf versi fizikal ni. Yelah dah 2 tahun big bad wolf online shop berlansung. Tapi itulah, tak ada yang berkenan pula. Mungkin kawasan yang disediakan penganjur macam kurang sesuai nak berlama-lamaan, jomlah kita balik.

The Big Bad Wolf 2022

Kawasan parkir kereta yang agak panas dan kurang cahaya agak kurang menarik perhatian pengunjung untuk datang. 


16 comments:

  1. bila takde aircond mmg tak kuasalah..
    ingat dulu parkson yg kat seremban prima ada buat sale utk barangan baby kat parking belah atas...huhhhhh berkuap ketiak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang mampu singgah sekejap je. Uishh..area tu pun boleh tahan panas jugak tu. memang tak kuasalah nak berlamaan.

      Delete
  2. Dekat Trg awal bulan baru ni pun buat dekat parking juga. Memang tak selesa, panas nk pitam rasa. Buku pula ada yg elok dan yg rosak pun banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak cukup bajet untuk bayar tempat kot. Atau nak save bajet. Tak tahu lah kan. Memang kurang selesa lagi lagi kalau tengah ramai tu.

      Delete
  3. Aini tak pernah pi TBBW since dia start buka..
    Hati nak pi tapi tak pi pi pun..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..dia macam nak pergi tapi malas. faham faham :)

      Delete
  4. Tak pernah lagi pergi fes mcm ni fiza..shida org selalu ketinggalan kalau ada fes mcm ni xkira apa produk, bila nak pi dah takde ber huhu jelah. Nak jimat buka kat parking jer huhuu berpanasan lah semua yg mai. mcm2 bau kelaur pulak adududu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun dah last day dapat pergi jugak Shida. Kadang fest macam lama tapi itulah tak ada masa tetap tak dapat pergi juga. Agaknya lah tu, nak jimat tapi kurang selesa untuk pengunjung. sabar je lah...

      Delete
  5. Harga buku baru macam harga buku di kedai ke? Rasa dulu-dulu pergi di Sri Kembangan murah sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Yang saya tengok begitulah. Kotlah ada bahagian lain yang ada harga promo.

      Delete
  6. rindu nak pergi BBW ni. zaman muda dulu suka pergi dekat MAEPS tengah-tengah malam. Setuju Fizah, tempat panas orang pun tk rasa nak lama-lama. Tapi kalau memang pencinta buku diorang OK je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat MAEPS tu pernah pergi sekali je kena naik bas sampai atas tu. Kann..tempat panas memang tak selesa.Tapi kalau betul peminat, sanggup je sampai puas hati membelek dan membeli :)

      Delete
  7. Lama juga tak ke pesta buku.. Kalau dekat mungkin boleh terjah.. Baca pengalaman orang je mampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada dekat dekat nanti bolehlah ambil peluang pergi :)

      Delete
  8. selalunya pengunjung pesta buku suka jalan-jalan, belek-belek buku, suasana sejuk baru best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Belek belek. mana berkenan for sure akan beli. Itulah tu, Kalau suasana selesa mesti lagi ramai datang dan boleh berlama-lamaan kat situ.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.