Header Ads


Family Mart Black Cacao Mocha Milkshake

Pantang nampak menu baru di Family Mart, mesti rasa tak sabar-sabar nak cuba. Tak tahulah menu family mart black cacao mocha milkshake ni baru ke lama. Saya perasan bulan Jun yang lepas. Dalam bulan Jun tu juga saya beli.

Macam biasa kalau nak balik ke Seremban dari Segamat akan singgah di Family Mart Gemas dekat stesen keretapi Gemas tu. Senang berhenti kat situ satu laluan nak balik. Nak parkir pun mudah. Pesan pada encik suami beli air black cacao mocha milkshake.

family mart black cacao mocha milkshake review

Menggoda tak? Tengok pada tampalan banner kat luar Family Mart nampak menggoda. Biasalah kalau iklan, menggoda orang tak nak kalah. Kita pula jenis cepat terpengaruh dengan iklan. Walaupun tak seindah iklan tapi boleh dikatakan rasa dia cukup menawan selera.

Black Cacao Chocolate Sofuto milkshake ada dua jenis, satu mocha dan satu lagi original milk flavour. Saya pilih black cacao chocolate sofuto + mocha. Explore the darkside katanya. Itu yang hitam pekat memikat selera.

family mart black cacao mocha milkshake review

Minuman Family Mart yang sedap. Nak tahu rasanya, kenalah cuba nanti. Rasa coklat + kopi yang kaw kaw. Tak menyesal beli. Hehe...


20 comments:

  1. Replies
    1. Laju habis minum kalau cuaca panas tu kak. Hehe...

      Delete
  2. manis tak? rasa nak mencuba..tp masuk family mart pekan nanas boleh panas hati jadinya... selalu tengok pekerjanya sorang.. dia lah cashier.. dialah top up stock, dialah sediakan oden, cedok oden...halah halahhh..mak tak sabar nakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya kurang manis sebab rasa kopi tu macam lebih sikit daripada coklat. Coklat pun tak manis jenis dark chocolate macam tu. Pernah jugak masuk FM yang pekerja dia sorang je. Jenuh nak tunggu. Hilang sabar jugak dibuatnya..huhu..tapi sebab nak membeli tunggu je lah...

      Delete
  3. Betul warnanya menggoda.
    Hehe gembira ya Fiza dapat yang sedap. Puas hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..Alhamdulillah..dapat yang menepati selera tekak

      Delete
  4. Family mart ni best kan... rambang mata xtau nk mkn apa... bila 1st time kaki jejak ke FM dulu x tau nk rasa apa dlu dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Kak Mim. Dah masuk tiba-tiba macam banyak terbeli. hehehe...

      Delete
  5. Tergoda jugak akak nak mencuba kopi ni.

    ReplyDelete
  6. wah..kaw kaw ye. ni boleh segar biji mata kalau minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya kaw dah tu. Sejuk tekak tu dah pasti. Biji mata segar kejap je kot..kopi dah imun. hehehe...

      Delete
  7. Macam nak kena gi Batang Kali je cari.. hehehe.. Menggoda betul warna hitam dia tu..

    ReplyDelete
  8. Alaa ada coffee pulak. Harap yang tak ada coffee. Hari tu nak try sofuto dia, tapi abis pulak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.