Drama Murder By Moonlight

Drama Murder By Moonlight, sebuah drama siri premium Astro Originals menampilkan genre Witty Murder Mystery "Who Dunnit" di mana semua karakter boleh menjadi suspek sebagai pembunuh oleh penonton dan disertakan dengan elemen komedi.

Drama Murder By Moonlight episod 1 mula bersiaran pada 1 Ogos 2022 pukul 9:00 malam. Tonton Drama Murder By Moonlight di Astro Citra atau melalui strim di Astro GO atau On Demand. 

drama murder by moonlight

Lokasi penggambaran Murder By Moonlight dijalankan di Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Teringat Drama The Hotel

DRAMA MURDER BY MOONLIGHT

Jumlah episod : 8 
Mula siaran : 1 Ogos 2022
Waktu siaran : Isnin, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra, strim di Astro GO atau On Demand
Idea asal : Mien.Ly & Bani Hamid
Penulis Skrip : Honey Ahmad, Hadi M. Nor, Keeta Brennan & Ashraf Modee Zain
Pengarah : Mien.Ly, Khairil M. Bahar , Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna
Produksi : Passion Pictures Malaysia, Iron hill media
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd
Genre : Pembunuhan, Misteri

PELAKON DRAMA MURDER BY MOONLIGHT

  • Sara Ali sebagai Ameera
  • Sharifah Amani sebagai Bella
  • Wan Hanafi Su sebagai Tuan Osman
  • Riz Amin sebagai Chef Jit
  • Radhi Khalid sebagai Dato Karnain
  • Hana Nadira sebagai Afie Mastura
  • Ruzana Ibrahim sebagai Datin Saloma
  • Amanda Ang sebagai Mindy
  • Thanuja Ananthan sebagai Dr Sangeetha
  • Amir Ameezan sebagai Ali
  • Brian Chan sebagai Benjamin Leong (Ben)
  • Tiara Anchant sebagai Julia

SINOPSIS DRAMA MURDER BY MOONLIGHT

1 Pulau, 12 Suspek : 1 Kematian” 
Pada pagi pertama MCO 1.0, seorang novelis murder mystery ; Tuan Osman, dijumpai tak bernyawa. Adakah sebab usia atau ada sesuatu aneh berlaku? Apabila seorang tetamu lain pula dijumpai mati dibunuh dan tiada jalan keluar dari pulau itu, sah sah ada pembunuh di antara mereka. Ianya jadi tanggungjawab pengurus hotel baru (dan sementara) iaitu Ameera, seorang peminat mati cerita misteri untuk cari pembunuh itu sebelum nyawa tetamu lain terkorban!

Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel.

Disebabkan terperangkap di pulau yang terpencil, jadi semua orang yang berada di situ tidak boleh pergi ke mana-mana, apatah mahu keluar dari pula tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.